#ProjekMimpi: Kongsi Impian Anda & Peluang Menangi RM5,000 Anjuran Daripada Sirap Limau
Kempen ini berlangsung daripada 15 November 2023 sehingga 15 Januari 2024.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Pasti ramai yang tertanya-tanya, apa itu Projek Mimpi bukan?
Seiringan dengan tahun baharu 2024 yang akan menjelang tidak lama lagi, Projek Mimpi merupakan projek khas anjuran editorial Sirap Limau yang bertujuan untuk menjadi platform anda berkongsi cita-cita, impian dan keinginan yang belum tercapai.
Kempen yang akan berlangsung daripada 15 November 2023 sehingga 15 Januari 2024 ini menawarkan hadiah wang tunai berjumlah RM5,000 untuk seorang pemenang yang akan dipilih menerusi 3 fasa pertandingan.
Menurut Ketua Kandungan Rangkaian Bahasa Melayu REV Media Group, Noraniza Azmi, berkata tahun baharu harus dimulakan dengan perkara positif yang sekaligus bakal memberi semangat untuk menghadapi apa sahaja cabaran yang mendatang.
“Oleh itu, kami ingin memulakan tahun 2024 ini dengan mengumpulkan azam dan cita-cita rakyat Malaysia menerusi Projek Mimpi. Perkongsian ini juga sekali gus diharap dapat memberi dorongan bahawa tiada apa yang mustahil untuk dicapai dengan usaha yang tekad dan berterusan," kongsinya.
Image via Sirap Limau
Pengurus Kempen Projek Mimpi, Nurul Halifah Hamiruddin menyifatkan kempen ini juga sebagai satu tanggungjawab sosial dengan membantu mereka yang memerlukan, tanpa mengira status, darjat mahupun pangkat.
“Fokus kami adalah untuk memperkasakan aspirasi dan hasrat setiap individu tidak kira impian berbentuk peribadi mahupun membantu orang lain bagi menaikkan semangat mereka”.
“Selain itu, ini adalah satu usaha juga untuk memenuhi impian orang ramai yang mungkin kurang berkemampuan dari segi kewangan dan sebagainya,” katanya.
Ingin menarik orang ramai untuk tahu bahawa Sirap Limau membawakan konsep bacaan kekeluargaan
Penerbit Video Sirap Limau, Rusul Ismail, berkata pihak editorial akan membawakan kandungan berkaitan Projek Mimpi menerusi artikel dan video di platform seperti Tiktok, Facebook dan Instagram.
“Ini adalah wadah berkesan untuk menyampaikan mesej kepada orang ramai bahawa banyak impian dan keinginan individu yang tidak didendangkan. Sekali gus, kami ingin menarik orang ramai untuk tahu bahawa Sirap Limau membawakan konsep bacaan kekeluargaan.
Image via Projek Mimpi (Sirap Limau)
Laman Sesawang Khas Kempen ‘Projek Mimpi’
Untuk memudahkan penyertaan Kempen Projek Mimpi, anda hanya perlu mengimbas kod QR yang disediakan menerusi laman sesawang eksklusif Projek Mimpi iaitu https://siraplimau.com/projekmimpi/.
Bukan itu sahaja, pengguna turut boleh membaca artikel berserta dengan video-video menarik menerusi laman sesawang tersebut.
Maklumat lanjut mengenai fasa pertandingan Projek Mimpi adalah seperti di bawah:
*Fasa 1 (15 November sehingga 30 November 2023)
Kongsi impian dan harapan anda menerusi ruangan komen di hantaran Facebook Sirap Limau yang akan dimuat naik pada 15 November ini.
*Fasa 2 (1 December sehingga 31 Disember 2023)
Sirap Limau akan menyenarai pendek impian 10 individu yang terpilih dan finalis perlu memuat naik video pendek berkisarkan kisah dan impian mereka di laman media sosial. Video perlulah berdurasi sekurang-kurangnya satu minit. Pemenang akan diadili menerusi jumlah interaksi video dan kreativiti peserta.
*Fasa 3 (1 Januari sehingga 15 Januari 2024)
Seorang pemenang akan diumumkan di media sosial SirapLimau pada 1 Januari 2024.
Jadi, anda tunggu apa lagi? Hantar penyertaan anda sekarang di sini!
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Leave a comment