Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

PTTI Cipta Rekod Pelajar Straight A's SPM Paling Ramai Dalam Malaysia Book Of Records

Seramai 123 pelajar berjaya mendapat semua A pada SPM lalu, termasuk seorang pelajar PTTI yang mendapat 11 A+.

Cover image via @pttionline (Instagram)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Pusat peningkatan akademik dan pakar dalam membantu pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), PTTI diiktiraf oleh Malaysia Book Of Records (MBOR) apabila berjaya mencatat jumlah pelajar mendapat semua A pada Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2022

Ketua Pegawai Operasi PTTI Group Sdn. Bhd, Muhd Habibunajjar Sazali berkata, seramai 123 pelajar berjaya mendapat semua A pada SPM lalu, termasuk seorang pelajarnya yang mendapat 11 A+.

"Ini adalah satu pengiktirafan besar daripada pihak MBOR kepada PTTI yang sudah bertapak di negara ini sejak 2015.

"Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada MBOR kerana mengiktiraf pencapaian kami. Kami akan terus bekerja keras untuk memastikan sebanyak mungkin pelajar kami mendapat keputusan cemerlang dalam SPM tahun ini," katanya selepas majlis menerima sijil pengiktirafan daripada MBOR di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC) baru-baru ini.

Sebahagian daripada pelajar PTTI yang mendapat Straight A’s SPM.

Image via @pttionline (Instagram)

Sasar 1,000 pelajar daripada keseluruhan lebih 10,000 pelajar PPTI untuk mendapat keputusan semua A dalam SPM tahun ini

Sijil pengiktirafan itu diserahkan oleh dua wakil MBOR, Siti Hajar Johor dan Jeska Seah dalam satu majlis ringkas.

Berkongsi lanjut, Habibunajjar berkata, pihaknya meletakkan sasaran sekurang-kurangnya 1,000 pelajar daripada keseluruhan lebih 10,000 pelajarnya untuk mendapat keputusan semua A dalam SPM tahun ini.

"Kami sedia maklum mengenai keputusan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang dalam proses untuk mengembalikan takwin SPM seperti sebelum pandemik Covid-19.

"Kami kini sedang menyusun semula program tuisyen PTTI bagi menyesuaikan dengan pelaksaan peperiksaan berkenaan," katanya.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment