Qawiy Aro Nafi Terlibat Dengan Jenayah Gangguan Seksual - "Tidak Benar & Fitnah"
Qawiy Aro sebelum ini terkenal dengan video 'tebuk' mengaji di jalanan.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Pempengaruh, Abdul Qawiy Abd Rashit atau dikenali sebagai Qawiy Aro tampil menafikan penglibatannya dalam jenayah gangguan seksual seperti dakwaan yang tular di media sosial baru-baru ini
Menerusi posting Instagram story yang dimuat naiknya di media sosial, Qawiy, 27, yang terkenal dengan video 'tebuk' mengaji di jalanan berkata, dakwaan tular terbabit sama sekali tidak benar dan menyifatkannya sebagai fitnah.
“Assalamualaikum semua, berkaitan isu dan kenyataan yang tular di sosial media tentang Qawiy.
“Ya, sepatutnya Qawiy tak perlu balas dan jawab kenyataan atau surat terbuka yang tular, tetapi memandangkan ramai yang dah tahu isu ini dan untuk mengelakkan salah faham serta fitnah, Qawiy perlu jelaskan di sini.
“Kenyataan dan cerita yang tular tentang Qawiy di media sosial adalah tidak benar dan fitnah,” katanya.
Image via @qawiyaro (Instagram)
Qawiy Aro didakwa sering menghantar mesej berbaur lucah dan cuba meraba mangsa ketika keluar bersama
Terdahulu, tular di platform X satu laporan polis dibuat oleh seorang individu yang menyatakan pempengaruh itu memintanya untuk melakukan perkara tidak senonoh semasa berhubung menerusi panggilan video selama lebih kurang 30 minit.
Individu yang kononnya mangsa gangguan seksual memberitahu bahawa Qawiy sering menghantar mesej berbaur lucah sepanjang perkenalan mereka dan cuba merabanya ketika keluar bersama.
Dalam pada itu, seorang lagi pengguna aplikasi itu menulis surat terbuka kepada pempengaruh berkenaan dengan mendakwa menerima kiriman mesej daripada Qawiy yang mahu memfailkan saman terhadapnya kerana dianggap terasa terhadap satu kenyataan yang dikeluarkannya.
Image via Abdul Qawiy Aro (Facebook)
Lihat tangkap layar di bawah yang tular di laman X baru-baru ini:
Image via X
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik lain hanya di SAYS Seismik:
Leave a comment