Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Raikan Ulang Tahun TV3 Ke-40 Dengan Pameran Penuh Kreatif Immersio Di Muzium Telekom, Jom!

Jangan lupa ajak kawan-kawan yang suka OOTD.

Cover image via @tv3malaysia (IG)

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

TV3 bakal menyambut sambutan ulang tahun ke-40 pada 1 Jun ini

Untuk menghargai para penonton setia yang sentiasa memberik sokongan, TV3 menganjurkan pelbagai program dan aktiviti menarik untuk memeriahkan lagi sambutan ini.

Stesen televisyen (TV) terkemuka ini mula beroperasi pada 1984, TV3 kekal menjadi peneraju dalam membawa berita terkini, hiburan berkualiti dan program-program berinformasi serta menjadi sebahagian daripada kehidupan rakyat Malaysia sepanjang empat dekad penyiarannya.

Oleh itu, kali ini TV3 membawakan satu identiti baru dengan tema kempen ulang tahun yang merangkumi slot 9PM, Drama, Wanita, Hiburan, Jaguh Kartun, Hidupkan Pagi dan Raudhah, bagi menggantikan yang lama.

TV3 kerjasam dengan Galeri Seni Digital dalam Inspirasi Generasi TV3

Pameran kreatif itu diadakan di Muzium Telekom mulai 20 Mei hingga 9 Jun ini.

Pelbagai aktiviti menarik disediakan termasuk Inspirasi Pameran Seni Kontemporari Digital (audio & visual), Inspirasi Bazar dan Lights & Art Expressive Showcase, iaitu persembahan artis terkenal.

Inilah masanya untuk pengunjung hadir dan meneroka seni digital dari sudut pandang pengkarya program TV3. Anda juga boleh OOTD tau dekat sini!

Pengunjung juga boleh meluangkan masa di Inspirasi Bazar (1 & 2 Jun) yang mengadakan sesi busking hebat menerusi kolaborasi bersama Atas Angin.

Selain itu, anda juga boleh alami dunia TV3 di Muzium Telekom melalui ‘project mapping’ yang memaparkan hasil karya enam anak seni tempatan.

Pameran ini dinamakan Inspirasi Art Showcase yang bermula 20 Mei hingga 9 Jun.

Lights & Art Expressive Showcase juga disediakan pada 1 hingga 2 Jun dan 8 hingga 9 Jun.

Annda berpeluang untuk menyaksikan persembahan secara dekat yang menampilkan artis terkenal negara! Persembahan lebih satu jam ini akan dimeriahkan lagi dengan berlatarbelakangkan cahaya digital interaktif. Antara penyanyi yang bakal membuat persembahan adalah Aina Abdul, Dayang Nurfaizah, Naim Daniel, dan Alyph.

Paling best, anda juga dapat bawa pulang hadiah bertuah tau, tunggu apa lagi? Jom datang ramai-ramai!

Dalam pada itu, TV3 juga tidak melupakan isu serius yang melanda dunia

“TV3 turut sensitif dan mengambil berat terhadap konflik di Palestin sekarang. Orang ramai boleh menghulurkan sumbangan kepada Tabung Kemanusiaan Palestin Media Prima sepanjang aktiviti berlangsung.

“Kami berdiri bersama rakyat Palestin dalam perjuangan mereka. TV3 akan terus menyokong usaha kemanusiaan dan keadilan sejagat,” kata Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) TV3, Nini Yusof.

Jom raikan ulang tahun TV3 ke-40 melalui program dan aktiviti yang disediakan di Muzium Telekom!

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment