Rakaman Detik-Detik Terakhir Mangsa Nahas Pesawat Di Nepal, 69 Mangsa Disahkan Terkorban
Pesawat Yeti Airlines ANC ATR 72 terhempas di gaung Sungai Seti, Nepal pada Ahad lalu.
Satu kemalangan pesawat Yeti Airlines ANC ATR 72 yang membawa 68 penumpang dan empat anak kapal dipercayai terhempas di Nepal
Menerusi laporan Xinhua, dua kotak hitam milik pesawat dan seorang mangsa kemalangan telah ditemui awal pagi semalam, menjadikan angka kematian terkini kepada 69 orang.
"Satu lagi mayat mangsa ditemukan sekitar jam 15:00 waktu tempatan di Sungai Seti," kata penolong ketua pegawai daerah Kaski, Guru Datta Dhakal.
Apa yang lebih menyayat hati adalah video yang tular di Twitter didakwa terdapat rakaman terakhir mangsa pesawat tersebut sebelum terhempas.
Lihat video penuh itu di bawah:
Sempat buat live Facebook dan bergelak tawa bersama rakan-rakan sebelum terhempas
Menerusi video yang telah dimuat naik oleh @dhyanendraj di Twitter, rakaman seorang lelaki yang dilihat teruja membuat live Facebook ketika berada di dalam sebuah kapal terbang.
Namun, itu merupakan rakaman terakhir beliau sebelum kapal terbang itu terhempas di sebuah gaung Sungai Seti yang terletak di negara Nepal.
Menurut laporan The Hindu, antara rakan-rakan mangsa yang terlihat di dalam video itu adalah Sonu Jaiswal, Anil Rajbhar, Abhishek Kushwaha dan Vishal Sharma serta berasal dari daerah Ghazipur di Uttar Pradesh.
Ini rakaman orang awam saat pesawat itu terhempas:
Image via Harian Metro
Image via @dhyanendraj (Twitter)
"I can’t believe they caught the crash on Facebook live! Man this is so sad!" - Netizen
Susulan tularnya rakaman itu yang kini telah meraih 10.3M views, 10.5K retweet dan 41.3K likes, rata-rata netizen turut berkongsi rasa pilu kepada waris mangsa kemalangan.
Berikut di bawah adalah komen netizen di Twitter:
Image via @dhyanendraj (Twitter)
Image via @dhyanendraj (Twitter)
Image via @dhyanendraj (Twitter)
Allahu, semoga ahli keluarga mangsa tabah hadapi ujian :'(
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik lain hanya di SAYS Seismik:
Leave a comment