Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Rakyat Malaysia Disaran Daftar Segera Sebagai Penderma Organ - Institut Jantung Negara

Kejayaan IJN lakukan 2 pemindahan jantung bukti negara ini perlukan lebih ramai penderma organ.

Follow kami di WhatsApp Channels, TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Kejayaan Institut Jantung Negara (IJN) melakukan dua pemindahan jantung melibatkan remaja belasan tahun membuktikan keperluan kritikal untuk peningkatan penyertaan penderma organ di Malaysia

Dalam satu kenyataan, IJN memaklumkan terdapat terdapat 22 pesakit di pusat rawatan tersebut sedang menunggu penderma yang sesuai untuk menerima pemindahan menyelamatkan nyawa.

Ketua Pegawai Eksekutif IJN, Datuk Dr Aizai Azan Abdul Rahim berkata, kejayaan melakukan pemindahan jantung dua remaja itu amat bermakna selepas ia terhenti akibat kekurangan penderma organ.

“Kami berbangga meraikan dua kemenangan perubatan ini, terutamanya selepas terhenti dalam pembedahan pemindahan kerana kekurangan penderma organ.

“Kejayaan ini juga membuktikan kekuatan komuniti kita. Kami berterima kasih kepada pelbagai pihak yang telah membantu kami mengubah kehidupan pesakit muda ini, termasuk Kementerian Kesihatan, Pusat Sumber Transplan Nasional (NTRC), Jabatan Bomba dan Penyelamat (Bomba) serta Polis Diraja Malaysia (PDRM),” katanya.

Dr Noor Hisham (lima dari kiri) bergambar bersama penerima jantung berusia 20 tahun, Daniel Kang Yu Xin (empat dari kiri) ketika ditemui di sidang akhbar kejayaan dua pemindahan jantung bertempat di IJN baru-baru ini.

Image via Kosmo!/Amarullah Zainuzzaman

Jelas masalah kekurangan penderma bukan sahaja dihadapi oleh IJN tetapi juga dihadapi seluruh dunia.

"Kepentingan penderma organ ini dapat memberikan peluang kedua kepada pesakit untuk terus hidup. Peluang kedua ini sukar untuk didapati. Dari segi rawatan, teknologi sudah berubah. Rawatan bertambah baik, berbanding 30 tahun lalu. Jumlah pesakit juga semakin lama semakin kurang.

"Sekarang ada teknologi peranti capaian vaskular implan (IVAD) sebesar tapak tangan sahaja. Ia lebih efektif berbanding (alat yang digunakan) dulu yang sebesar peti sejuk.

"Di negara barat mereka gunakan alat ini sebagai pengganti pemindahan jantung untuk membantu pesakit tahap akhir kegagalan jantung. Mereka dapat hidup lebih lama dengan mengurangkan gejala lemah jantung," katanya.

Malaysia perlukan lebih banyak penderma organ seperti jantung, buah pinggang dan pankreas bagi memastikan kejayaan pemindahan organ di negara ini

Pengerusi Institut Jantung Negara (IJN), Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata seramai 382,020 rakyat Malaysia telah berikrar untuk menderma organ sejak 1997, tetapi hanya 0.02 peratus yang menderma organ pada akhirnya.

"Untuk mengelakkan masalah ini daripada berlaku, perlu ada kerjasama padu antara semua pihak untuk memastikan kejayaan pemindahan organ. Perubahan dari segi dasar perlu dilakukan untuk menggalakkan pendermaan organ dalam kalangan rakyat Malaysia.

""Salah satu pilihan yang kita boleh lakukan adalah jadikan semua rakyat Malaysia sebagai penderma organ (secara automatik). Sekiranya tidak mahu mereka boleh menarik diri atau 'opt out' daripada menjadi penderma, berbanding meminta rakyat daripada mendaftar secara sukarela.

"Jika kita tidak mampu meningkatkan jumlah pendermaan organ, bagaimana kita hendak menjalankan pemindahan? Ramai rakyat Malaysia yang sangat mengharapkan organ," katanya.

Pengerusi Institut Jantung Negara (IJN), Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Image via Institut Jantung Negara - IJN

Beliau berkata, Malaysia perlu mencontohi Turkiye iaitu salah satu daripada negara Islam yang berjaya melaksanakan sebanyak 768 pendermaan organ di 15 pusat jantung di negara itu dari tahun 2008 hingga 2020.

"Di sana (Turkiye), pengurusan sangat baik. Malah, ramai pakar dari negara kita dihantar ke sana untuk belajar lebih lanjut.

"Rugi kalau kita ada kepakaran, namun tidak ada organ yang diterima. Walaupun ada yang sudah berikrar, apabila telah sampai masanya, keluarga tidak memberi kebenaran," katanya.

Kakitangan IJN meraikan salah seorang penerima jantung, Muhammad Farhan Irfan (duduk kiri) selepas menghidap masalah jantung empat tahun lalu.

Image via Institut Jantung Negara - IJN

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment