"Ramai Tak Tahu" - Makan Karipap Guna Sarung Tangan, Rupa-Rupanya Jep Sepahtu Ada OCD
Difahamkan, Jep ada OCD sejak wabak Covid-19 berleluasa.
Gangguan Obsesif Kompulsif (OCD) sebenarnya boleh berlaku kepada sesiapa sahaja
Bezanya cuma kita sedar atau tidak. Paling ketara, penghidap OCD boleh dikenalpasti apabila seseorang itu melakukan sesuatu berulang kali sehingga menimbulkan rimas kepada orang lain.
Tular rakaman pelawak dan penyampai radio terkenal, Jep Sepahtu baru-baru ini menerusi TikTok @lindaonn memaparkan dia memakai sarung tangan plastik untuk makan karipap telah mencuri tumpuan ramai.
Lihat video itu di bawah:
Makan karipap guna sarung tangan plastik, rupa-rupanya memang bawa banyak stok dalam beg
Menerusi video yang dikongsi oleh @lindaonn, kelihatan Jep sedang berada di sebuah kafeteria dan baru saja duduk untuk menikmati sebiji karipap bersama teh tarik.
Apa yang mencuri perhatian adalah apabila dia dilihat memakai sarung tangan plastik untuk makan karipap tersebut.
Linda Onn yang terkejut melihat situasi itu terus bertanya kepada Jep kenapa dia berbuat sedemikian. Rupa-rupanya, Jep membuka mulut bahawa dia ada penyakit OCD.
Apabila diterjah ke dalam begnya pula, terdapat sekotak sarung tangan plastik yang dibawanya sebagai stok.
"Okay, ni sesuatu yang baru kita belajar tentang Jep hari ini," kata Linda.
Image via @lindaonn (TikTok)
Image via @lindaonn (TikTok)
Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 2M views, 83.4K likes dan 2.9K shares di TikTok
Tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi masing-masing mengenainya.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Image via @lindaonn (TikTok)
Image via @lindaonn (TikTok)
Image via @lindaonn (TikTok)
Mesti ramai baru tahu tentang ini kan? Semoga Jep dan keluarga sentiasa sihat dan baik-baik saja :)
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:
Leave a comment