[RASMI] Najib Razak Dapat Pengurangan 50% Hukuman Penjara Kepada 6 Tahun & Denda RM50 Juta
Sebagai rekod, bekas Perdana Menteri itu bakal dibebaskan pada 23 Ogos 2028.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Datuk Seri Najib Razak diberikan pengurangan 50 peratus bagi hukuman penjara 12 tahun yang sedang dijalaninya selepas disabitkan kesalahan pada 2022, sekali gus menyaksikan bekas Perdana Menteri itu bakal dibebaskan pada 23 Ogos 2028
Selain tarikh pembebasan awal itu, Lembaga Pengampunan dalam satu kenyataan, hari ini, turut mengumumkan denda yang perlu dibayar oleh Najib dikurangkan daripada RM210 juta kepada RM50 juta.
Image via Najib Razak (Facebook)
Urusetia Lembaga Pengampunan dalam satu kenyataan memaklumkan, sekiranya Najib tidak membayar denda tersebut, tempoh penjara beliau ditambah selama setahun dari tarikh pembebasannya itu
Image via S. Mahfuz/BenarNews
Mesyuarat Lembaga Pengampunan Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya kali ke-61 telah bersidang pada 29 Januari 2024.
Sebanyak lima (5) kertas pengampunan termasuk permohonan YBhg. Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak telah dipertimbangkan oleh Lembaga Pengampunan tersebut yang dipengerusikan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah.
Setelah menimbangkan pendapat dan nasihat, Mesyuarat Lembaga Pengampunan Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya kali ke-61 telah memutuskan hukuman ke atas YBhg. Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak diberikan pengurangan 50 peratus bagi hukuman dan denda yang perlu dibayar.
Oleh yang demikian, YBhg. Dato’ Sri Mohd Najib Bin Tun Haji Abdul Razak dipersetujui untuk dibebaskan pada tarikh pembebasan awal iaitu pada 23 Ogos 2028 dan denda yang perlu dibayar iaitu sebanyak RM210,000,000.00 dikurangkan kepada RM50,000,000.00.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Leave a comment