[RASMI] Pingat Emas Ziyad Ditarik Balik, Atlet Ukraine 'Protes' Penyertaan Malaysia
Pingat emas itu menjadi milik Maksym Koval yang melakukan catatan 17.34 meter sekali gus menjadi rekod dunia.
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Kejayaan jaguh lontar peluru para negara, Muhammad Ziyad Zolkefli meraih pingat emas 'dirompak' oleh protes yang dilakukan oleh kem Ukraine pada pentas final di Tokyo
Image via Bernama
Difahamkan, kem Ukraine melakukan protes berikutan tiga atlet iaitu Ziyad, Todd Hodgetts (Australia) dan Jordi Patricio (Ecuador) dikatakan lewat untuk memasuki bilik menunggu sebelum pertandingan dimulakan.
Berdasarkan semakan di laman Paralimpik Tokyo, ketiga tiga atlet terbabit mendapat status 'DNS' sekali gus menyebabkan mereka dianggap tidak layak beraksi sekalipun Ziyad sebelum itu memecahkan rekod dunia dengan catatan 17.94 meter.
Bagaimanapun, protes terbabit menyaksikan apa yang dilakukan Ziyad tidak dikira.
Keputusan rasmi menyaksikan Ukraine yang melakukan protes berjaya meraih pingat emas dan perak bagi acara lontar peluru F20
Image via Paralympic Tokyo 2020
Susulan itu, pingat emas menjadi milik Maksym Koval yang melakukan catatan 17.34 meter sekali gus menjadi rekod dunia sementara pingat perak dirangkul Oleksandr Yarovyi yang mencatat balingan 17.30 meter.
Gangsa dimiliki atlet dari Greece, Efstratios Nikolaidis yang melakukan catatan 15.93m.
Image via SAYS Seismik
Leave a comment