Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Remaja 'Tapau' Semua Anugerah Di Sekolah Cina Kongsi Ada Dapat Tawaran Daripada Universiti

Wah, rezeki tu!

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Baru-baru ini, tular di media sosial memaparkan seorang pelajar lelaki di sebuah sekolah Cina yang meraih semua anugerah cemerlang

Video itu dikongsi sendiri oleh kakaknya di laman TikTok sebelum ia tular dan mencuri tumpuan ramai.

Menurut laporan Harian Metro, Ahmad Khidir Ahmad Nazri dari Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK) Heng Ee bukan hanya menarik perhatian warganet, malah turut mendapat perhatian daripada sebuah universiti terkemuka di negara ini walaupun belum tamat persekolahan.

Ahmad Khidir, 17, berkata dia mengetahui perkara itu selepas dimaklumkan seorang daripada gurunya yang mendapat kiriman mesej daripada wakil universiti berkenaan di TikTok.

Image via googleapis.com

"Saya terkejut apabila Cikgu Sejarah maklumkan ada wakil universiti daripada bahagian pengambilan penuntut mahukan butiran lanjut mengenai saya.

"Tapi pihak universiti berkenaan belum menghubungi saya mahupun keluarga. Ikutkan saya memang berhasrat sambung pengajian ke peringkat universiti dalam bidang sumber manusia dan kalau boleh nak ke Universiti Malaya (UM) atau Universiti Utara Malaysia (UUM).

"Tapi buat masa sekarang kena fokus dengan SPM dulu kerana nak dapat keputusan terbaik memandangkan sudah buat persediaan sejak Tingkatan Tiga lagi," katanya.

Ada juga beberapa individu menghantar kiriman mesej untuk bertanya perihal akademik

Image via @itsazzahraaa (TikTok)

"Memang ada yang bertanya tips macam mana saya belajar bahasa Mandarin, dan Prinsip Perakaunan, malah ada pelajar Tingkatan Tiga yang ingin tahu macam mana pilih aliran ke Tingkatan Empat.

"Jadi, saya kongsi mana yang termampu kerana nak orang lain pun berjaya," katanya lagi.

Terdahulu, Ahmad Khidir membuktikan kemampuan dirinya selepas menerima lima anugerah dalam majlis graduasi Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK) Heng Ee, Sabtu lalu.

Dia membawa pulang Anugerah Tokoh Pelajar, Timbalan Ketua Pengawas, tempat pertama dalam kelas, tempat pertama dalam tingkatan aliran sastera serta markah tertinggi Bahasa Melayu dan juga Pendidikan Islam.

Lihat video itu di bawah:

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment