Hasilkan Resepi Cucur Manis 'Viral' Ini Menggunakan 4 Bahan Saja. Versi Cheese Pun Ada!
Ikuti resepi ini untuk cara yang paling ringkas untuk membuat cekodok manis! Nak makan sebagai kuih manis pun boleh, nak cicah dengan sambal pun boleh.
Kalau dulu Kek Milo digilai ramai kerana resipi 2-bahannya yang mudah, kini tampil pula satu lagi resipi yang semakin viral iaitu Cucur Manis
Image via Instagram @edafata
Ada juga yang panggil kuih ini Cucur Kembung kerana rasanya yang lembut dan fluffy apabila digoreng.
Yang istimewanya, cucur ini boleh dimakan sebagai kuih manis ataupun dicicah dengan sambal. Dua-dua cara pun sedap!
Cara penyediaannya pun teramat senang! Ini resipinya:
Image via Instagram @fatihah_nurraysabeauty
Bahan-bahan:
- 2 cawan tepung gandum
- 2 cawan air mendidih
- 3 sudu besar gula
- Secubit garam
Cara-cara:
1. Gaul tepung gandum bersama gula dan garam.
2. Masukkan air panas dan gaul sebati.
3. Sapukan minyak masak di tangan dan uli doh menjadi bentuk bulat.
4. Panaskan minyak dan goreng hingga keemasan. Balik-balikkan semasa menggoreng.
5. Siap untuk dihidang!
Ada juga versi yang menggantikan gula dengan susu pekat:
Image via Instagram @zubaidahintan
Bahan-bahan:
- 2 cawan tepung gandum
- 2 cawan air mendidih
- 1/2 cawan susu pekat
- Secubit garam
Cara-cara:
1. Gaul tepung gandum bersama susu pekat dan garam.
2. Masukkan air panas dan gaul sebati.
3. Sapukan minyak masak di tangan dan uli doh menjadi bentuk bulat.
4. Goreng hingga keemasan.
5. Siap untuk dihidang!
Sumber resipi: Instagram @zubaidahintan
Nak letak cheese pun boleh!
Image via Donut Pandan
Bahan-bahan:
- 2 cawan tepung gandum
- 2 cawan air mendidih
- 3 sudu besar gula
- Secubit garam
- Keju dipotong kiub (boleh cuba guna Mozzarella)
Cara-cara:
1. Gaul tepung gandum bersama gula dan garam.
2. Masukkan air panas dan gaul hingga sebati.
3. Sapukan minyak masak di tangan dan uli doh menjadi bentuk bulat.
4. Masukkan kiub keju ke dalam doh.
5. Goreng hingga keemasan.
6. Siap untuk dihidang!
Sumber resipi: Fieza Sofia / Masak Apa Hari Ni
Kalau nak lagi awesome, jadikan cheese sebagai topping sekali ;)
Image via Instagram @qila_qilah
Versi ini ditabur dengan cheese dan ditambah pula dengan susu pekat!
Selamat mencuba!
Image via Disney
Inginkan banyak lagi resipi? LIKE Facebook Seismik Makan serta follow kami di Instagram dan Twitter sekarang!
Dapatkan resipi-resipi wajib cuba ini juga:
Leave a comment