Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

'Rooftop' KLIA Diubah Suai, Kini Jadi Ruang Solat Jumaat Untuk 1,000 Orang

Terbaik KLIA!

Cover image via Malaysia Airports

Ruang solat atau musolla di 'rooftop' KLIA kini dibuka untuk umat Islam menunaikan Solat Jumaat

Image via Malaysia Airports

Malaysia Airports memberitahu bahawa Pejabat Agama Islam Daerah Sepang dan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) telah pun memberi kelulusan rasmi untuk fasiliti musolla ini beroperasi bermula 10 Mei 2019.

Image via Malaysia Airports

Ura-ura mengenai penggunaan rooftop ini sebagai ruang Solat Jumaat telah berlegar sejak April lagi, namun Malaysia Airports menegaskan bahawa ia tidak akan dibuka selagi tidak mendapat kelulusan.

Musolla ini dapat memuatkan di antara 800 sehingga 1,000 orang jemaah pada satu-satu masa

Image via Malaysia Airports

Keselesaan para jemaah diutamakan dengan penyediaan lebih 50 unit paip bagi pengambilan wuduk, pendingin hawa mudah alih, kipas gergasi dan kipas berwap sejuk di kesemua sudut musolla.

Image via Malaysia Airports

Ambal dan sejadah turut disediakan untuk para jemaah yang menunaikan solat Jumaat di situ.

Pembukaan musolla ini adalah salah satu inisiatif Malaysia Airports untuk memudahkan para jemaah menunaikan solat Jumaat terutamanya wargakerja dan penumpang

Image via Malaysia Airports

Ruang solat ini juga terbuka bagi penggunaan orang ramai.

Buat masa ini, ia hanya dibuka pada hari Jumaat untuk tujuan Solat Jumaat sahaja. Pembukaan pada hari-hari lain masih belum diumumkan.

Syabas Malaysia Airports di atas inisiatif mulia ini :)

Image via Malaysia Airports

Image via Malaysia Airports

Image via Malaysia Airports

Image via Malaysia Airports

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Ini juga inisiatif yang harus diteladani!

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment