Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Rupa-Rupanya Selama Ini Tiada Permit Sah, DBKL Arah Kedai Kunafa Viral Ditutup

Ingatkan ada lesen selama ini.

Cover image via Majoriti

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Bukit Bintang sememangnya terkenal dengan kepelbagaian makanan viral sejak kebelakangan ini

Antara makanan yang sering mendapat tumpuan ramai termasuk pelancong dari luar negara adalah maknaan dari timur tengah seperti kunafa, manisan Arab seperti baklava, fries viral dan banyak lagi.

Terbaru, kedai yang terkenal di tengah-tengah Bukit Bintang iaitu Zaitoun telah mencuri tumpuan ramai gara-gara challenge yang dilakukan kepada orang awam untuk mendapatkan kunafa secara percuma.

Walau bagaimanapun, setelah berbulan beroperasi, kedai viral tersebut disita baru-baru ini kerana tidak mempunya lesen dan permit berniaga yang sah.

Image via The Smart Local Malaysia

Kedai Arab viral tiada lesen dan permit sah

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang melakukan pemantauan di sekitar kawasan tersebut mendapati premis berkenaan tidak mempunyai lesen yang sah. Malah, kedai Zaitoun itu juga dikendalikan oleh warga asing tanpa permit yang sah.

"Hasil daripada pemantauan yang telah dijalankan mendapati premis terbabit tidak mempunyai lesen yang sah daripada DBKL untuk sebarang aktiviti menjaja. Premis tersebut hanya mempunyai Lesen Hiburan Semasa (Promosi Luar Bangunan).

"Susulan daripada hasil pemantauan tersebut, sebuah operasi penguatkuasaan telah dijalankan pada 19 Ogos 2023 (Sabtu) di premis terbabit," katanya.

Image via Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (Facebook)

Image via Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (Facebook)

Sementara itu, lihat posting yang dimuat naik oleh DBKL di akaun Facebook mereka untuk maklumat lanjut:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment