"Ini Tanda Bahagia" - Lepas Nikah 'Kembang' Sama-Sama, Wanita Ini Dipuji Pandai Jaga Suami
Comel je dua-dua ini. <3
Kita biasa dengar orang kata kalau naik berat badan itu tandanya sedang bahagia
Lebih-lebih lagi buat pasangan yang sudah setahun lebih berkahwin, mereka ini selalunya akan mengalami perubahan bukan sahaja dari segi kehidupan malah juga bentuk fizikal mereka.
Image via Keluarga
Mungkin ada logiknya di situ. Iyalah, bila sudah berkahwin ini secara automatiknya kita sentiasa ada pasangan untuk makan bersama.
Malah, menikmati waktu makan bersama juga dianggap sebagai salah satu aktiviti yang romantik. Bayangkan si isteri sudah penat menyediakan masakan yang sedap, takkan suami nak tolak, betul tak?
Image via Baituljannah
Bukan itu sahaja, orang yang sudah berkahwin dan bahagia ini dikatakan tidak lagi mengambil kisah tentang penampilan diri mereka.
Ini kerana mereka sudah berada zon yang mana mereka sudah boleh saling menerima kekuatan dan kelemahan masing-masing, serta menerima pasangan seadanya.
Baru-baru ini tular video TikTok menunjukkan perubahan bentuk badan yang dialami pasangan suami isteri sebelum dan selepas bernikah
Video tersebut sebenarnya telah dikongsikan si isteri yang dikenali sebagai Rabika, ternyata berjaya menarik perhatian orang ramai kerana memaparkan perubahan berat badan si suami yang naik mendadak setelah bernikah.
Susulan tularnya video tersebut, Rabika kemudiannya berkongsikan pula video perubahan dirinya sebelum ini sehinggalah sekarang. Walau bagaimanapun, dalam videonya dapat dilihat transformasi berat badan Rabika tidak begitu ketara jika dibandingkan masa dulu dan kini.
Tinjauan di ruangan komen mendapati ramai netizen terhibur dengan video yang dikongsikan oleh Rabika
Selain mendoakan pasangan suami isteri itu sentiasa bahagia, rata-rata turut memuji Rabika kerana pandai masak dan menjaga suaminya sehingga begitu bahagia.
Antara komen menarik daripada netizen:
Image via TikTok @rabikaa_ikaa
Image via TikTok @rabikaa_ikaa
Image via TikTok @rabikaa_ikaa
Image via TikTok @rabikaa_ikaa
Image via TikTok @rabikaa_ikaa
Image via TikTok @rabikaa_ikaa
Image via TikTok @rabikaa_ikaa
Bahagia, bahagia juga. Namun kesihatan diri kena jaga tau!
Baru boleh hidup lama bersama dengan orang yang kita sayang. <3
Image via Tenor
Image via SAYS Seismik
Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:
Leave a comment