Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Scents Of Malaysia Bakal Temui Pengunjung Pada 26 & 27 Oktober Ini Di WTC, Kuala Lumpur

Acara ini bakal menghimpunkan jenama wangian tempatan terkemuka dari seluruh negara di bawah satu bumbung.

Follow kami di WhatsApp Channels, TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Buat julung-julung kalinya, majlis pelancaran Scents of Malaysia 2024 (SOM2024) telah berlangsung dengan penuh gemilang di Tanjung Lounge, Riverside Cafe, World Trade Center Kuala Lumpur (WTCKL) baru-baru ini

Majlis yang dihadiri oleh penggiat industri wangian, jenama-jenama mewah tempatan, rakan-rakan media dan blogger serta peminat-peminat wangian dari seluruh negara ini menandakan permulaan kepada sebuah acara yang bakal menjadi platform utama bagi industri wangian tempatan di Malaysia.

Scents of Malaysia 2024 dijangka menjadi sebuah acara yang tiada tandingan, bukan sahaja menghimpunkan jenama wangian tempatan terkemuka di bawah satu bumbung, malah menawarkan semua produk yang menghasilkan bauan yang harum dan memikat.

Image via Scents of Malaysia (Facebook)

Acara ini menampilkan pelbagai jenis produk, termasuk penyegar udara rumah, semburan hijab, lilin beraroma, minyak aromaterapi, dan banyak lagi.

Sama ada haruman lilin yang menenangkan, aroma menyegarkan daripada semburan hijab, atau esen menenangkan daripada minyak aromaterapi, acara yang julung kali diadakan ini adalah platform terbaik untuk meneroka dan menikmati keseluruhan spektrum bau-bauan yang ditawarkan di Malaysia dalam pengalaman yang mengasyikkan dan penuh elegan.

Majlis pelancaran ini turut memperkenalkan barisan peserta yang bakal terlibat dalam SOM2024

Satu majlis penyerahan plak penghargaan telah diadakan untuk mengiktiraf sumbangan para peserta dalam memajukan industri wangian tempatan.

Menurut Pengarah LTEO Solution, Eddy Farah Mokhtar, pihaknya menzahirkan harapan dan keyakinan terhadap masa depan industri wangian tempatan.

"SOM2024 adalah platform untuk memperkenalkan jenama-jenama tempatan kepada dunia dan membuktikan bahawa produk Malaysia setanding dengan jenama antarabangsa. Kami berbangga dapat menjadi sebahagian daripada usaha ini untuk memperkasakan industri wangian tempatan," katanya.

Image via Scents of Malaysia (Facebook)

Sementara itu, rakan sejawatannya, Mohd Fairus Mokhtar, turut berkongsi pandangan serupa. Beliau menyebut kerjasama erat antara Tourism Malaysia dan WTCKL akan menjadi asas kukuh dalam menjayakan acara ini.

Usaha bersama ini diharapkan bukan sahaja mengangkat industri wangian tempatan, malah menyokong inisiatif Malaysia Truly Asia, memperkenalkan kekayaan budaya Malaysia melalui bau-bauan yang memikat.

Sebagai rekod, acara Scents of Malaysia 2024 ini bakal menemui para pengunjung pada 26 dan 27 Oktober 2024 di Legar Putra, WTCKL.

Image via Scents of Malaysia (Facebook)

Bagi yang berminat mengikuti perkembangan terkini mengenai Scents of Malaysia 2024, maklumat lanjut boleh didapati melalui laman media sosial rasmi di @ScentsOfMalaysia2024 di Facebook, Instagram, dan TikTok!

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment