Selain Leptospirosis Atau Kencing Tikus, Ini 4 Lagi Penyakit Bawaan Ketika Musim Banjir
Siapa yang suka sangat main air banjir tu? Baca ni.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Bencana banjir yang melanda Malaysia ketika ini telah menyebabkan ramai orang terpaksa menangguhkan aktiviti harian mereka
Terutama bagi penduduk di bahagian pantai timur kerana mereka adalah antara negeri yang paling banyak mangsa banjir.
Sudah tentu, semua orang tidak mahu semua ini berlaku tetapi bencana sebegini tidak dapat dielakkan.
Malah, di media sosial juga banyak kita boleh lihat individu yang berkongsi keadaan banjir di kawasan mereka.
Seperti yang kita tahu, air banjir adalah kotor dan terdapat banyak kesan buruk termasuk peningkatan jangkitan penyakit seperti cirit-birit (termasuk taun dan disentri), jangkitan pernafasan, hepatitis A dan E, demam kepialu, leptospirosis serta penyakit bawaan serangga selepas surut.
Pun begitu, masih ramai yang mengambil tidak endah perkara ini dan lebih mengejutkan ada sesetengah ibu bapa yang hanya membiarkan anak-anak mereka bermain air banjir.
Image via Harian Metro
Menerusi laporan daripada Berita Harian, ia juga boleh menimbulkan pelbagai masalah kesihatan yang memberi kesan jangka masa panjang.
Pertambahan sampah dan air tercemar yang melimpah masuk ke dalam takungan dan saliran air meningkatkan risiko terjadinya penyakit berjangkit.
Justeru, Pakar Perubatan Kecemasan Pusat Perubatan Sunway, Bandar Sunway (SMC), Dr Lim Eu Jack dan Perubatan Kecemasan, hospital sama, Dr Mohd Khalis Abdul Rahim, memberikan penjelasan mengenai masalah kesihatan ketika musim banjir seperti berikut.
Antara impak banjir terhadap kesihatan termasuk:
1. Leptospirosis
Image via Lanka Truth
Anda mungkin boleh terkena jangkitan bakteria yang tersebar melalui kontak dengan air kencing haiwan terutama tikus dalam persekitaran selepas banjir. Gejalanya termasuk demam, sakit kepala, sakit otot dan ada kala loya, muntah dan sakit perut.
2. Demam denggi
Image via Berita Harian
Selain itu, anda boleh terkena demam denggi yang disebarkan oleh nyamuk Aedes. Ia meningkat dengan ketara selepas banjir disebabkan oleh pertambahan air bertakung yang menjadi tempat pembiakannya, serta hujan yang berlebihan semasa musim tengkujuh.
Bukan itu sahaja, ia akan menyebabkan gejala yang teruk seperti demam panas, sakit kepala, sakit otot dan sendi, dan mungkin loya, muntah dan cirit-birit.
3. Malaria
Image via MIT News
Penyakit ini lebih berleluasa di kawasan tropika tempat nyamuk ini berkembang biak. Ketika musim tengkujuh yang sinonim dengan hujan lebat dan suhu yang lebih panas, pembiakan nyamuk juga bertambah sehingga meningkatkan risiko penularan malaria.
Ia disebabkan oleh parasit Plasmodium, terutamanya disebarkan melalui gigitan nyamuk tiruk (Anopheles) betina yang dijangkiti.
4. Jangkitan saluran pernafasan
Image via Tips Kesihatan
Ini adalah kebimbangan utama selepas berlakunya banjir. Hal ini kerana persekitaran yang sesak dan pemakanan yang tidak sihat, serta kemudahan penjagaan kesihatan yang terhad menyumbang kepada peningkatan risiko.
5. Dehidrasi
Image via Jawa Pos
Dehidrasi menjadi kebimbangan kesihatan, terutama mereka yang berada di daerah yang sering terjadi bencana alam seperti banjir kerana kekurangan akses terhadap air bersih.
Perkara ini dapat menyebabkan komplikasi kronik dan parah, bahkan boleh membawa maut.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:
Leave a comment