Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Selangor FC Umum 'Tarik Diri' Ke Perlawanan Piala Sumbangsih 2024 Menentang JDT

Sebagai rekod, aksi Piala Sumbangsih dijadualkan pada 10 Mei ini antara JDT dan Selangor FC.

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Nain juara Liga Super 2023, Selangor FC mengumumkan untuk tidak hadir ke perlawanan Piala Sumbangsih 2024/25 menentang Johor Darul Ta'zim (JDT) di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri pada 10 Mei ini

Menurut posting yang dimuat naik oleh Selangor FC menerusi media sosial rasmi mereka sebentar tadi, aspek keselamatan menjadi perkiraan utama buat Selangor FC yang mengambil keputusan menarik diri daripada aksi Piala Sumbangsih menentang Johor Darul Ta’zim (JDT), di Stadium Sultan Ibrahim, Jumaat ini.

Walaupun berat, keputusan itu dianggap wajar bagi menjamin keselamatan pemain selepas bintang utamanya, Faisal Halim menjadi mangsa serangan simbahan asid, baru-baru ini.

Image via Selangor FC (Facebook)

“Selangor FC telah mengambil maklum keputusan MFL (Liga Bolasepak Malaysia) untuk tetap meneruskan perlawanan Piala Sumbangsih yang dijadualkan berlangsung pada 10 Mei 2024 ini.

“Setelah penelitian dijalankan dan perbincangan terperinci dengan pelbagai pihak berikutan dari insiden jenayah serta ancaman yang baru berlaku melibatkan beberapa pemain dan pegawai pasukan dalam tempoh hanya 72 jam, pihak kelab terpaksa mengambil keputusan yang amat sukar untuk tidak hadir ke perlawanan Piala Sumbangsih 2024 yang telah lama kelab ini nantikan.

“Berdasarkan keadaan semasa yang tidak menentu, kami di Selangor FC menegaskan keselamatan pasukan adalah perkara paling utama dan kami memandang serius akan segala bentuk keganasan dan ancaman serta tidak akan berkompromi dengan sebarang isu berkaitan keselamatan pasukan,” menurut kenyataan Selangor FC.

Lihat kenyataan rasmi penuh daripada Selangor FC di bawah:

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment