Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Semangat Cuba Baju Kahwin, Gadis Ini Pasrah Tak Jadi Nikah Walaupun Tinggal Lagi 7 Hari

Beratnya dugaan dia.

Cover image via @dewimkr_ (TikTok)

Orang kata, dugaan bertunang ini kuat. Antara dugaan yang sering berlaku adalah dari segi kewangan, keluarga ataupun pasangan berubah hati.

Banyak pasangan yang sudah lama bina hubungan bertahun-tahun tetapi akhirnya tidak jadi kahwin atas sebab-sebab yang berbeza.

Lebih menyedihkan lagi apabila pasangan itu sudah mengikat tali pertunangan dan tinggal hanya nak mendirikan masjid, tetapi akhirnya putus di tengah jalan.

Begitulah kisah yang dikongsikan melalui video oleh seorang gadis ini, di mana dia terpaksa batalkan perkahwinannya yang akan berlangsung lagi seminggu selepas dikatakan mendapat petunjuk tentang jodoh.

Berikut di bawah adalah video penuh yang dimuat naik gadis tersebut:

Hari nikah yang sepatutnya berlangsung pada 11 Disember 2020 terpaksa dibatalkan

Image via @dewimkr_ (TikTok)

Menerusi kapsyennya 'Insya-Allah ikhlas :)', gadis itu kelihatan pasrah tidak jadi kahwin tetapi dia sempat memuat naik videonya menangis dan mukanya nampak sembab.

Siapa yang tidak sedih bila lagi beberapa hari nak kahwin, tiba-tiba semuanya batal. Ianya pasti menjadi pengalaman ngeri bagi mereka yang menghadapi situasi sama seperti gadis bernama Dewi itu.

"Tak apa, tak jadi nikah walaupun tinggal seminggu je lagi. Tak apa semua persiapan dan kad kahwin sudah diedarkan. Allah baik dengan kamu, dia kasi petunjuk bahawa dia bukan jodoh kamu sebelum ijab kabul.

Tak payah dengar kata-kata orang. Mereka tak tahu macam mana perasaan kamu sekarang. Insya-Allah atas izin-Nya, kamu akan diberi kebahagiaan yang lebih nanti," kata kawannya.

Dihujani kata-kata semangat netizen di ruangan komen selepas video itu tular sehingga mencecah lebih 1 juta tontonan di TikTok

Turut bersimpati atas nasib yang menimpa Dewi, netizen memberikan kata-kata semangat dan menitipkan doa buatnya supaya terus tabah dengan dugaan berat ini.

Antara komen daripada netizen di TikTok:

Image via @dewimkr_ (TikTok)

Image via @dewimkr_ (TikTok)

Image via @dewimkr_ (TikTok)

Image via @dewimkr_ (TikTok)

Image via @dewimkr_ (TikTok)

Image via @dewimkr_ (TikTok)

Image via @dewimkr_ (TikTok)

Image via @dewimkr_ (TikTok)

Semoga ada hikmah atas apa yang berlaku dan buat sesiapa di luar sana yang mengalami nasib sama seperti Dewi, stay strong!

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment