"Sentiasa Sibuk Bekerja?" - Ini Aplikasi Yang Anda Perlu Ada Untuk Senangkan Rutin Harian
Memang bermanfaat!
Rutin harian sebagai seorang pekerja memang sangat pack dan sibuk
Kadangkala anda tidak sedar masa berlalu dengan begitu cepat. Oleh sebab itu, anda perlu mempunyai disiplin tentang penggunaan masa yang baik supaya kerja harian anda boleh berjalan dengan lancar betul tak?
Tambahan lagi, buat para Muslim, kita juga perlu menunaikan ibadah semasa bekerja. Jadi, di sini kami kongikan satu aplikasi yang memang bermanfaat buat para majikan dan pekerja.
Majikan dan pekerja perlu mempunyai JIWA yang mengikat hati mereka
Tidak dinafikan sebagai seorang Muslim, selain menunaikan ibadah fardhu, kita juga digalakkan untuk mengikut suruhan dan perintah Allah SWT seperti mengikat jiwa dengan Al-Quran.
Dengan itu, sesebuah organisasi barulah boleh berjaya dan cemerlang lantas mendapat keberkatan daripada Allah SWT.
Al-Quran merupakan pedoman hidup kita sehingga akhir hayat. Barangsiapa yang mengamalkannya, sudah tentu akan diberikan kemudahan dan ganjaran suatu hari nanti.
Kalau nak senang, gunalah Aplikasi Waktu Solat Malaysia!
Image via Waktu Solat Malaysia
Aplikasi Waktu Solat Malaysia lengkap dengan pelbagai fungsi!
Aplikasi Waktu Solat Malaysia merupakan aplikasi mesra pengguna khusus buat para Muslim. Anda boleh mengakses menu Halaqah, Tanyalah Ustaz, Nur, Media, Al-Quran, Wuduk, Wirid dan Zikir, Doa dan cara melaksanakan ibadah solat dengan sempurna.
Aplikasi Waktu Solat Malaysia ini juga mempunyai kompas digital magnetik untuk memudahkan pengguna mencari arah kiblat dengan tetapan getaran apabila telefon bimbit menghala ke arah yang tepat.
Image via Waktu Solat Malaysia
Jom muat turun Waktu Solat Malaysia secara PERCUMA supaya kita dapat jadikan Al-Quran sebagai pengikat JIWA antara majikan dan pekerja!
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!
Image via SAYS Seismik
Leave a comment