Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Servis DuitNow Memang Senangkan Hidup. Letak Nombor Telefon Dan Terus 'Transfer', Settle!

Cepat dan tak payah terhegeh-hegeh nak isi nombor akaun.

Cover image via Fintech News

Artikel ini ditaja oleh DuitNow.

Zaman sekarang ni semua benda pun kena cepat

Image via giphy.com

Masa semakin suntuk dan berlalu terlalu pantas. Selagi mana sesuatu urusan itu boleh dipercepat, selagi itulah kita akan ambil peluang. Maklumlah, masa itu kan emas.

Salah satunya ialah memindahkan wang kepada akaun lain. Kadang-kadang nak transfer duit pun boleh ambil masa yang lama. Betul tak?

Antara masalah yang sering dihadapi ialah menaip nombor akaun bank yang panjang berjela, aplikasi yang tidak mesra pengguna, menunggu dan memasukkan nombor TAC, dan banyak lagi

Image via tenor.com

Perkara-perkara di atas ini boleh membantutkan urusan memindahkan wang, walaupun urusan itu sebenarnya begitu remeh dan sepatutnya mudah.

Mujurlah sekarang dah ada DuitNow! Masukkan saja nombor telefon dan terus transfer. Habis cerita!

Dah tak payah masukkan nombor akaun lagi dah. Nak pilih bank yang mana satu pun tak perlu dah. Semuanya dimudahkan oleh DuitNow.

Image via soyacincau.com

DuitNow adalah perkhidmatan transaksi elektronik yang membolehkan pemindahan atau pembayaran wang dilakukan hanya menggunakan nombor telefon, berbanding nombor akaun bank.

Perkhidmatan ini tidak memiliki aplikasi sendiri, sebaliknya pengguna perlu menggunakan aplikasi perbankan dalam talian milik bank masing-masing untuk mengakses DuitNow.

Macam mana nak guna? Boleh lihat video pendek di bawah:

Senang dah ada DuitNow. Lepas ni, takkan ada lagi kes zombi datang minta duit macam ni!

DuitNow kini bekerjasama dengan BH dan menawarkan pelbagai hadiah menarik menerusi Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) edisi ke-32

Antara ditawarkan adalah 100 tiket percuma menyaksikan ABPBH pada 22 September depan di Putrajaya; peluang bertemu dan beramah mesra dengan artis pilihan DuitNow kepada 20 peminat serta pakej percutian percuma ke Korea Selatan untuk dua orang.

Image via Berita Harian

Anda hanya perlu mengundi artis kesayangan anda menggunakan DuitNow, dengan setiap satu undian akan digandakan sebanyak enam kali.

Image via Berita Harian

Cara Mengundi Menggunakan DuitNow

LANGKAH 1: Dapatkan DuitNow ID bintang pilihan anda (nombor telefon) di laman web ABPBH.

LANGKAH 2: Log masuk ke Perbankan Internet anda dan pilih DuitNow di menu “Funds Transfer”.

LANGKAH 3: Masukkan,

  • DuitNow ID bintang pilihan anda. Contoh: 0123456789
  • Amaun pakej langganan BH Digital yang tepat. Contoh: RM0.10
  • Nombor telefon anda di ruangan “Recipient Reference”. Contoh: 0123456789
LANGKAH 4: Aktifkan langganan BH Digital anda di laman web ABPBH, di menu “Pengaktifan”.

Undian anda akan terus dikira setelah anda selesai melakukan transaksi langganan BH Digital melalui DuitNow. Caranya mudah dan selamat.

Layari laman web DuitNow atau ABPBH untuk maklumat lanjut.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Nak tahu lebih lanjut lagi, BACA SINI:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment