"Setakat UiTM, Cakap Melayu Je" - Gadis Ini Dedah Adab Syarikat Sewa Kereta Tanpa Lesen
Hmm, macam-macamlah...
Kehidupan sebagai seorang pelajar sememangnya membuatkan semua perkara terhad. Duit, makan, masa dan sebagainya.
Mana tidaknya, anda perlu berfikir panjang untuk lebih berjimat cermat tanpa menggunakan wang yang banyak.
Walau bagaimanapun, ketika anda memasuki alam universiti, dunia anda akan kelihatan seperti jauh lebih besar bagi perspektif seorang yang bergelar mahasiswa.
Buat pertama kali, memang ianya agak menakutkan. Namun akan menjadi pengalaman yang tidak akan dilupakan selamanya.
Percayalah.
Image via Blogspot
Kalau dah kerja, lain pula perjalanannya.
"Susahnya tak ada kereta nak pergi mana-mana..."
Ya, memang tidak dapat dinafikan. Kenderaan adalah sangat perlu bagi seorang pelajar untuk bergerak ke mana-mana. Akan lebih memudahkan urusan.
Zaman sekarang pula sudah banyak syarikat sewa kereta yang menawarkan harga rendah buat para pelajar universiti/kolej yang ingin menyewa kereta untuk beberapa jam.
Paling-paling pun boleh dikongsi bersama rakan yang lain, bila dah bayar separuh seorang, murahlah sikit kosnya.
Image via Giphy
Baru-baru ini telah viral di laman Twitter tentang isu di antara pelajar UiTM Dengkil dan juga syarikat sewa kereta di kawasan tersebut. Screenshot perbualan di antara kedua-dua belah pihak telah mendapat perhatian orang ramai di laman Twitter.
Yang triggered pun ada.
"Kalau setakat UiTM Dengkil, Bahasa Melayu lebih elok digunakan..."
Image via imgur.com
Syarikat sewa kereta tersebut juga turut mengatakan akan memberikan ganjaran kereta sewa secara percuma buat individu yang berjaya jumpa gadis ini
Syarikat ini juga didakwa tidak memiliki lesen yang sah. Betul ke?
"Budak-budak UiTM drama memang nombor 1. Nak jimat, tak mampu tapi lepak Mcd, Starbucks. Kesian mak bapak..."
Alamak, kasarnya.
Kan dah kata, ramai juga yang triggered.
Jangan main-main dengan pelajar UiTM. #uitmdihatiku
Apa pula pendapat anda mengenai isu ini?
Perkongsian menarik lain hanya di SAYS Seismik:
Leave a comment