#SFMM39: "AJL Bukan Sekadar Persembahan Tapi Sebuah Pertandingan" - Edry Abdul Halim
Edry turut memuji usaha dan keberanian peserta dalam kalangan Gen Z yang bertarung di pentas SFMM39.
Separuh Akhir Muzik-Muzik ke-39 (SFMM39) telah melabuhkan tirai pada Jumaat dan menyaksikan 10 lagu terbaik berjaya melangkah ke pentas Anugerah Juara Lagu 39 (AJL39)
Lebih menarik, SFMM39 kali ini turut menampilkan banyak karya generasi muda terutamanya dalam kalangan Gen Z.
Ketua Juri SFMM39, Edry Abdul Halim berpendapat bahawa karya yang dihasilkan oleh generasi muda masih belum kuat untuk menempatkan mereka di pentas AJL.
"Memilih hanya 10 daripada 30 lagu adalah tugas yang sangat mencabar. AJL bukan sekadar persembahan atau pameran, sebaliknya sebuah pertandingan.
"Kita mahu lagu yang benar-benar berdaya saing. Malangnya, banyak lagu daripada peserta Gen Z lebih santai dan tidak cukup kuat untuk ke peringkat akhir," katanya ketika ditemui SEISMIK di SFMM39 yang berlangsung pada Jumaat di Shah Alam, Selangor.
Image via Akmal Redzwan/SAYS Seismik
Susulan itu, Edry mencadangkan agar satu kategori khas untuk lagu-lagu Gen Z diwujudkan memandangkan pendekatan muzik mereka lebih ringkas dan berbeza daripada genre yang sering dipertandingkan di AJL.
Lagu Gen Z memang ringkas dan sukar untuk dipertandingkan, tetapi kalau ada kategori khas, karya mereka mungkin lebih dihargai. Audiens mereka ramai, jadi ia juga satu peluang untuk meraikan kreativiti generasi muda.
Bagaimanapun, Edry menegaskan bahawa cadangan itu hanyalah pandangan peribadi dan memerlukan perbincangan lanjut dengan pihak penganjur.
Edry sempat titip nasihat buat para penyanyi Gen Z
Apabila ditanya mengenai pemilihan 10 lagu terbaik, Edey berkata ianya diadili berdasarkan kualiti lagu itu sendiri selain memilih kepelbagaian dalam genre muzik.
Edry yang juga komposer itu juga memuji usaha dan keberanian peserta Gen Z yang bertarung di pentas SFMM39 namun akui mereka masih belum bersedia untuk ke pentas AJL.
Dia juga menasihati penyanyi muda agar tidak berputus ada sebaliknya jadikan pengalaman tersebut sebagai batu loncatan dan terus menghasilkan karya-karya yang lebih bagus.
Image via says.com
Selain Edry, kesemua 30 lagu yang bertanding di SFMM39 turut diadili oleh barisan juri profesional, iaitu Datuk Mokhzani Ismail, Efry Arwis, Ly Baiduri, Helen Yap, dan Ad Samad.
Antara 10 lagu yang bakal berentap di pentas AJL39 adalah Diam (Hael Husaini), Puas Sudah (Aina Abdul), Hening Rindu (Marsha Milan), Aura (Ernie Zakri), Terus Bersinar (Hafiz Shuib), Pujaanku (Masdo ft Aisyah Aziz), Risiko (Benzooloo ft ft Tuju & MK K-Clique), Sengaja (Amir Masdi), Saksama (Akim & The Majistret) dan Bukan Lagi Kita (Nadeera).
Dihoskan oleh pengacara Izzue Islam dan Fiza Frizzy, pentas SFMM39 turut dimeriahkan dengan persembahan khas daripada Ayda Jebat.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik lain hanya di SAYS Seismik:
Leave a comment