#SFMM39: Nadeera Sebak & Terharu Lagu 'Bukan Lagi Kita' Terpilih Ke Pentas Akhir AJL39
Ini merupakan kali pertama Nadeera muncul di pentas Separuh Akhir Muzik-Muzik dan juga berjaya mara ke pentas akhir AJL39.
Bekas juara program realiti Lagu Cinta Kita Musim 2, Nadeera Zaini, 31, meluahkan rasa sebak dan terharu apabila lagu 'Bukan Lagi Kita' nyanyiannya terpilih ke pentas akhir Anugerah Juara Lagu 39 (AJL39)
"Of course, saya sangat-sangat terharu inilah kali pertama saya menjejakkan kaki di pentas Semi-Final dan akhirnya saya ke final AJL39.
"Dah lama saya tunggu saat ini, saya tahu agak sukar dan bukan senang untuk menempah nama sebagai anak seni. Hari ini adalah hari yang sangat-sangat bahagia untuk diri saya.
"Sebab yang tahu sahaja, betapa susahnya saya berada di tahap ini, Tuhan je betapa saya inginkan dan perlukan. Terima kasih banyak-banyak kepada yang mengundi dan TV3 kerana percayakan bakat saya.
"Alhamdullilah saya sangat lega, inilah orang kata satu anugerahlah yang betul-betul kepada diri saya untuk hari ini," katanya ketika ditemui pada sidang media Separuh Akhir Muzik-Muzik 39 (SFMM39) di Shah Alam, Selangor hari ini.
Image via Akmal Redzwan/SAYS Seismik
Tak letak harapan tinggi untuk pentas AJL39 hanya mahu buat yang terbaik
"Saya tak nak letakkan apa-apa harapan nanti saya yang pressure, tapi saya dah masuk ke AJL39 ini saya dah bersyukur dah.
"Saya hanya mahu buat yang terbaik dan saya percaya dengan rezeki yang Allah bagi, tekanan saya tak adalah terlalu stress saya enjoy the moment sebenarnya," kongsinya lagi.
Image via TV3 Malaysia
Untuk rekod, ini adalah pertama kalinya hanya 10 lagu terbaik di #SFMM39 terpilih untuk bersaing di pentas AJL39.
Selain lagu Bukan Lagi Kita nyanyian Nadeera ciptaan Hael Husaini dan Iqie Hugh yang layak ke pentas AJL39. Penyanyi, komposer dan penulis lirik, Hael turut bolos menerusi lagu nyanyian dan ciptaannya bersama Iqie Hugh berjudul Diam.
Lapan lagu lain turut mara ke ke pentas AJL39 adalah lagu Puas Sudah nyanyian dan ciptaan Aina Abdul, Sengaja nyanyian Amir Masdi ciptaan dan lirik Bunga Cantik dan Hang Nadim, Saksama (Akim & The Majistret/Akim & The Majistret & Bunga Cantik), Hening Rindu (Marsha Milan/Ikhwan Fatanna & Wan Salleh/Ikhwan Fatanna) dan Aura (Ernie Zakri/Ernie Zakri & John Jeeves/Ernie Zakri & John Jeeves).
Dihoskan oleh pengacara Izzue Islam dan Fiza Frizzy, pentas SFMM39 turut dimeriahkan dengan persembahan khas daripada Ayda Jebat.
Kesemua lagu dinilai enam juri profesional iaitu Edry Abdul Halim selaku ketua juri, Datuk Mokhzani Ismail, Efry Arwis, LY, Helen Yap dan Ad Samad.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!
Image via SAYS Seismik
Leave a comment