Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Siti Khadijah Lancar Program 'Berkah Asyura' Sempena Awal Muharam & Ulang Tahun Ke-15

Persiapan dan penyediaan memasak empat kawah bubur telah bermula sejak jam 8 pagi.

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Sempena meraikan sambutan awal Muharam, jenama pengeluar kelengkapan pakaian ibadah Siti Khadijah menganjurkan Program Berkah Asyura dengan bergotong royong memasak di Masjid Al Hasanah Bangi, Selangor hari ini

Ketua Pegawai Komersial Kumpulan Siti Khadijah, Mohammad Muhaimin Aminuddin berkata, program berkenaan adalah pertama kalinya dianjurkan membabitkan lebih kurang 20 kakitangan syarikat tersebut.

Dalam masa sama, beberapa selebriti dan ikon agama turut menyertai program ini antaranya, Shamsul Ghau Ghau, Anas Tahir, Dai Izzhar Nazri dan Imam Muda Asyraf.

“Kami berkongsi hajat dengan pihak masjid untuk menganjurkan program ini dan Alhamdulillah ia disambut baik.

“Jadi sempena sambutan ulang tahun Siti Khadijah yang kelima belas tahun, kami bekerjasama dengan pihak masjid bagi menyantuni komuniti setempat di Bangi dengan mengedarkan bubur asyura secara percuma,” katanya.

Shamsul Ghau Ghau, Anas Tahir, Dai Izzhar Nazri dan Imam Muda Asyraf antara yang hadir dalam program Berkah Asyura.

Image via Telekung Siti Khadijah (Facebook)

Masjid Al Hasanah Bangi, Selangor

Image via Telekung Siti Khadijah (Facebook)

Inisiatif untuk menghidupkan kembali budaya bergotong royong dalam kalangan masyarakat setempat

Jelasnya lagi, persiapan dan penyediaan memasak empat kawah bubur bermula jam 8 pagi dan agihan sebanyak 500 bekas akan dilakukan secara pandu lalu.

“Untuk program pertama ini kami memilih Masjid Al Hasanah Bangi kerana mengambil simbolik butik pertama yang dibuka pada tahun 2010 di sini dan InsyaAllah ia akan diteruskan setiap tahun di masjid-masjid lain pula.

“Program sebegini mampu mendidik kita lebih dekat dengan masyarakat disamping membawa jenama Siti Khadijah tetap dihati orang ramai.

“Bubur Asyura itu sendiri mempunyai pengajaran tersendiri yang mungkin semakin dilupakan, jadi inilah inisiatif kita untuk menghidupkan kembali budaya bergotong royong,” tambahnya lagi.

Muhaimin berkata, Siti Khadijah juga bakal memeriahkan lagi sambutan Keretapi Sarong 2024 pada September nanti dan beberapa perancangan lain yang sedang diteliti.

Image via Telekung Siti Khadijah (Facebook)

Image via Telekung Siti Khadijah (Facebook)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment