Skechers Perkenal Koleksi Kasut Terbaharu Dengan Sentuhan Artis Visual Belgium, Vexx
Koleksi Skechers x Vexx ini dijual pada harga dari RM429 hingga RM459 untuk sepasang kasut.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Jenama fesyen global terkenal, Skechers baru-baru ini tampil memperkenalkan kolaborasi terbaru mereka dengan seniman visual Belgium yang terkenal, Vexx
Image via Akmal Redzwan/SAYS Seismik
Kolaborasi ini menggabungkan bakat kreatif Vexx dengan kebijaksanaan fesyen Skechers, menghasilkan koleksi kasut yang benar-benar menarik perhatian ramai.
Sebagai rekod, Vexx, atau nama sebenarnya Vince Okerman, telah menjadi ikon dalam seni jalanan dan seni visual.
Beliau dikenali kerana gaya abstraknya yang berani dan warna-warnanya yang memikat mata ramai.
Dengan pengaruh dari seni jalanan dan seni pop, karya Vexx menggambarkan keceriaan dan kehidupan melalui coretan dan warna yang hidup.
Image via Skechers Malaysia
Koleksi kasut Skechers X Vexx mewujudkan harmoni antara rekaan kasut fungsional dan ekspresi artistik.
Setiap pasang kasut ini turut memaparkan corak yang unik yang membawa jiwa Vexx ke dalam dunia fesyen kasut.
Dari kasut larian yang dinamik hinggalah kasut rekreasi yang bergaya, setiap rekaan adalah sebuah karya seni yang dipakai dengan bangga di kaki anda.
Tampil dua koleksi menawan iaitu Skechers x Vexx: Uno – Process Sketch dan Skechers x Vexx: Koopa Court
Skechers x Vexx: Uno – Process Sketch
Dicipta dengan bahagian atas kulit yang kukuh, kasut bertali ini menampilkan insole Skechers Air-Cooled Memory Foam® dan tapak tengah berkusyen udara Skech-Air® yang boleh dilihat, memastikan keselesaan sepanjang hari yang tiada tandingan.
Tersedia dalam kedua-dua varian hitam dan putih, setiap kasut didatangkan dengan aksesori kasut “Furry Face doodle” yang menawan, menambahkan sentuhan bertenaga untuk pernyataan fesyen yang berani.
Image via Skechers Malaysia
Skechers x Vexx: Koopa Court
Barisan Skechers x Vexx: Koopa Court mempamerkan “doodles” terkenal Vexx pada gabungan kasut atas kulit dan duraleather.
Kasut sukan ini menampilkan “Furry Face doodle” yang menarik dan memberikan daya tarikan unik kepada reka bentuk mereka.
Image via Skechers Malaysia
Tersedia untuk lelaki dan wanita, koleksi Skechers x Vexx ini dijual pada harga dari RM429 hingga RM459
Boleh didapati dengan mudah dalam talian melalui www.skechers.com.my, Lazada, dan Shopee.
Selain itu, pelanggan boleh meneroka reka bentuk inspirasi doodles yang menarik di pelbagai kedai konsep Skechers, termasuk Skechers The Exchange TRX, pusat beli-belah 1Utama, Pavilion KL, Pavilion Bukit Jalil, Sunway Pyramid dan lokasi terpilih yang lain.
Dalam pada itu, jangan lupa juga sertai Skechers di Paolo Paolo Gelato dan nikmati Gelato 'Skechers x Vexx' eksklusif, gabungan Gelato Passionfruit yang menarik yang diputar dengan Strawberry coulis.
Tarikh : 31 Mac hingga 30 April 2024
Lokasi: Paolo Paolo Gelato, The Exchange TRX Mall
* Istimewa dalam kedai: Beli mana-mana kasut Skechers x Vexx dan terima 1 Scoop Percuma 'Skechers x Vexx' Paolo Paolo Gelato, sementara stok masih ada.
Image via Skechers Malaysia
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Leave a comment