Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

SoImJenn Dikecam Lepas Komplen Orang Main Mercun 3 Pagi CNY - "Perlu Ada Cut Off Time"

Difahamkan, pembakaran mercun itu dilakukan pada malam perayaan Pai Ti Kong, sambutan yang diraikan orang Hokkien.

Cover image via @soimjenn (Instagram)

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Seorang pempengaruh, Jenn Chia mendedahkan dia dikecam setelah membuat hantaran berkenaan isu aktiviti bermain mercun sehingga jam 3 pagi

Menerusi hantarannya di Instagram, Jenn memberitahu dia telah dimaki selepas memuat naik posting berkaitan pembakaran mercun itu.

Dalam video itu, Jenn memberitahu bahawa aktiviti bermain mercun itu dibuat bersempena malam ke-9 Tahun Baru Cina di mana orang Hokkien akan menyambut perayaan Pai Ti Kong.

Dia turut memberitahu dia tidak mengetahui tentang sambutan berkenaan. Bagaimanapun, dia sedikit kesal dengan teguran netizen yang menggunakan perkataan kasar selepas dia membuat hantaran mengenai pembakaran mercun terbabit.

Tambahnya, dia turut menasihati agar mereka yang mengecam menggunakan media sosial dengan betul untuk memberitahu orang ramai kerana bukan semua bangsa Cina menyambut dan mengetahui tentang perayaan berkenaan.

Walaupun begitu, bukan sahaja kecaman yang diterima, komen yang mendidik tentang sambutan Pai Ti Kong turut diterima

Menerusi tinjauan di bahagian komen, terdapat juga komen yang memberitahu tentang sambutan Pai Ti Kong yang diraikan masyarakat Hokkien.

Komen tersebut memberitahu tepat sahaja jam 12, masyarakat Hokkien akan menyambut perayaan itu sempena hari lahir Jade Emperor mengikut kepercayaan masyarakat Hokkien.

Image via @soimjenn (Instagram)

Sebelum ini, pempengaruh tersebut telah membuat hantaran yang telah menimbulkan beberapa kecaman daripada netizen

Dia telah membuat hantaran di Instagram mengenai sebuah video yang menunjukkan masih terdapat segelintir masyarakat cina yang bermain mercun sehingga jam 3 pagi.

Menurutnya, perkara tersebut perlulah ada hadnya kerana ia akan memberi kesan yang kurang baik terhadap kanak-kanak, ibu bapa dan mereka yang akan bekerja pada keesokan hari.

Hantaran tersebut turut dapat persetujuan daripada netizen yang rata-ratanya menyokong apa yang dikatakan Jenn.

Lihat antara komen di bawah:

Image via @soimjenn (Instagram)

Image via @soimjenn (Instagram)

Image via @soimjenn (Instagram)

Image via @soimjenn (Instagram)

Lihat hantaran tersebut di bawah:

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca artikel tentang sambutan Pai Ti Kong di bawah:

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment