Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Suami Datang Hantar Banyak Makanan, Isteri Kongsi Video Wad Pesakit Dah Jadi Macam Kenduri

Betul-betul macam kenduri ya.

Cover image via @rajanurul123 (TikTok)

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Selalunya, kita akan hilang selera makan apabila dimasukkan ke hospital kerana badan berada dalam keadaan yang tidak sihat

Hanya ahli keluarga yang datang melawat saja boleh membawa makanan yang kita teringin nak makan. Sekurang-kurangnya, dapatlah bantu untuk membuka selera.

Namun, lain pula dengan situasi wanita ini apabila suaminya datang membawa macam-macam makanan ke dalam wadnya telah mencuri tumpuan ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Bawa banyak makanan macam kenduri, terpaksa ajak pesakit lain join makan sekali

Menerusi video yang dimuat naik oleh @rajanurul123, kelihatan suami wanita itu datang melawatnya sambil membawa bungkusan makanan.

Namun, apa yang mengejutkan adalah apabila suaminya membawa pelbagai juadah seperti nasi berlauk, kuih-muih, buah-buahan dan macam-macam lagi sehingga si isteri tidak terkata melihat kuantiti makanan yang banyak itu.

Menurut wanita itu, suaminya mahu dia makan puas-puas sebelum menjalani pembedahan kerana risau si isteri teringin nanti. 

Disebabkan makanan yang terlalu banyak, akhirnya dia mengajak pesakit lain dalam wad itu serta jururawat untuk makan sekali.

Image via @rajanurul123 (TikTok)

"Hahaha dia buat buffet weh, semoga dipermudahkan urusan dan kesembuhan sis" - Netizen

Ikutan tularnya video itu yang kini telah meraih 899K tontonan, 69.1K tanda suka serta 4K komen di laman TikTok, rata-rata netizen turut terhibur melihat gelagat suaminya itu.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Image via @rajanurul123 (TikTok)

Image via @rajanurul123 (TikTok)

Image via @rajanurul123 (TikTok)

Image via @rajanurul123 (TikTok)

Tak apalah sekali sekala mesti teringin nak makan makanan luar juga kan, berkongsi rezeki apa salahnya :)

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment