“Suka Dalam Diam” - Kisah Cinta Dua Merpati Ini Jadi Realiti & Kini Menanti Cahaya Mata
Comelnya. Mula-mula suka, lepas tu terus nikah dan kini semakin bahagia. Alhamdulillah.
Anda pernah tak rasa bagaimana perasaan diminati seseorang dalam diam?
Image via Giphy
Pelbagai tanda akan ditunjukkan oleh seseorang jika mereka ada menaruh perasaan dan harapan terhadap seseorang. Contohnya, mula menegur dengan cara berbual tentang sesuatu yang ditanyakan secara bersahaja dan sebagainya. Malah, selepas teguran dan berbual, mereka juga akan mula mengajak keluar bertujuan mengenali seseorang itu dengan lebih dekat mendalam.
Memang macam-macam caralah untuk mengenali seseorang lebih-lebih lagi jika anda menaruh harapan dan perasaan kepadanya.
Namun begitu, percubaan untuk mengenali seseorang pastilah untuk diakhiri dengan perhubungan yang sah bukan? :)
Sebagai contoh, boleh lihat kisah cinta dua individu ini yang merupakan rakan sekerja pada mulanya dan kini sudah bahagia menyemai cinta
Image via Twitter @deeharrisa
Mereka memulakan kisah percintaan pada 30,000 kaki paras laut. Ini kerana pasangan ini merupakan krew kabin yang bekerja di bawah syarikat penerbangan AirAsia. Mula-mula bertugas pada syif yang sama, lama kelamaan cinta mula berputik.
Paling comel, mereka berdua kini sedang menunggu kelahiran cahaya mata sulung. Tak sabarnya!
Memang manis betul kisah percintaan pasangan krew kabin @deeharrisa dan @thenameshakeem ini!
Image via Twitter @deeharrisa
On the 16th of October 2017, we did our first flight together. Sign on at 5am so i woke up at 2am, got ready and off to work. Sampai office i sign on kat pc and tapau food for flight. I was so sleepy and a bit cranky sebab tak dapat minum coffee lagi. The only thing that made me in an okay mood is that i tahu i akan fly dengan batchmate i during training and also i am close with the leading.
I check the crew briefing report tengok nama Abdul Hakeem, hmm tak kenal. His ID stated that he’s my junior. So okay la wtv. So after tapau i went to the briefing table waiting for my set crew. I was the first to arrive, macam biasa. I stand there writing on my flight notes then batchmate i datang, along with Hakeem. They flew together the day before so both of them dah ngam. Konon dah plan nak kerja sekali kat aft galley la tu.
Little did we know, leading letak Hakeem kerja dengan i dekat aft galley. The whole time kat briefing table tu macam biasa. All 3 of us making stupid morning jokes trying to stay awake. Masing masing mengantuk.
Hakeem mula bergurau senda ketika bertugas. Malah, dia banyak membantu melakukan kerja-kerja walaupun tidak disuruh.
Image via Twitter @deeharrisa
After briefing, we proceeded to the aircraft. Hakeem buat stupid jokes along the way and batchmate i si F ni cakap “weh elok sikit perangai Dee ni garang ni” and terus Hakeem behave lol haa tau pun. I bila buat flight awal pagi ni i perlukan ketenangan ye.
Sampai aircraft Hakeem dah mula senyap. We did our security checks etc then I noticed he’s being so helpful, tak payah minta tolong dia dah buat dulu. That’s when i dapat agak dia ni ex crew. Jarang dapat junior kerja tiptop haha.
Done with everything on ground so we’re all ready for take off. We were flying to Cochin, India. 4 jam pergi 4 jam balik. Dengar pun penat kan? Itulah kehidupan cabin crew. Kalau dapat set crew yang ngam then ok la flight tu kalau dapat set crew yang sendu, redha jela.
Perbualan mereka bermula dan mereka juga menyedari bahawa mereka sebenarnya mempunyai banyak persamaan
Image via Twitter @deeharrisa
After service, we sat down and eat. That’s when the Q&A started. I get to know about him & vice versa. Apparently he and i both are very much alike. In terms of our past & few other things. So the conversation became more interesting. Masa ni la hakeem mula suka i (i tak tahu).
I perasan la sikit dia macam sengih serupa budak 5 tahun nampak choc bila i pandang muka dia, bercakap dengan dia. And semua kerja i kalau boleh dia nak buat. Amboi rajin sangat sampai nak over right aku ke apani kan. Rupanya dah suka kita. I was still oblivious la, lembab kan?
"Hakeem dah suka you la, Dee. Tadi dia bagitahu I..."
During our flight coming back to KL, pax load tak heavy sangat so we get to relax a bit. I lepak kat forward galley with F and leading. F cakap “Hakeem dah suka u la Dee, tadi dia bagitahu i” And i gelak cakap yela kau, whatever. Dah la oblivious, denial pula tu. Adui Dee..
So dah habis flight, we walked to immigration and customs and i perasan Hakeem macam sedih. F cakap kat dia “Ala ajak la Dee selfie buat kenangan. Bila rindu boleh tengok. Aku pun simpan lagi ni haa gambar dengan dia” hahaha boleh tahan ngok F ni sebenarnya.
Then Hakeem ajak i naik atas teman dia smoke (now tak smoke dah) and i said ok. After that we took a selfie and followed each other’s Instagram. Taraa, our first pic together. Excuse the muka barai. Baru buat 8 hours flight kau rasa?
Image via Twitter @deeharrisa
I baru sampai kereta Hakeem DMed me in ig. He said he forgot to give me balance duit i makanan yang i beli dalam flight tadi. He asked for my bank acc number. First thing yang dia dapat bukan phone number tapi bank acc sampai sekarang we still laugh about it. Then bermula la episode indirect ig stories towards each other. Yang tu lagi satu cerita pula.
So kalau nak kena buat another thread la k. You guys just asked for a thread on how we met kan hihi. So here you go! Our love journey lagi complicated, lagi panjang cerita. Oh and this was our set crew on that day. Mr F, my batchmate and our cute leading. They were the matchmakers la basically lol. Ok done!
Image via Twitter @deeharrisa
Pasangan Dee dan Hakeem telah melangsungkan perkahwinan mereka pada 22 Februari 2019
Dan, pada 25 Mei yang lalu, Dee telah mengumumkan secara rasmi bahawa dia sudah mengandung. Comelnya!
Semoga percintaan dan perkahwinan mereka kekal sehingga ke akhir hayat. Amin...
Image via Twitter @deeharrisa
Kredit: Twitter @deeharrisa & @thenameshakeem
Baca juga:
Leave a comment