Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

“Baru Tahu Bulu Tangkis Ada 16 Bulu” - Lee Chong Wei Dedah Cara ‘Bodoh’ Mengorat Isteri

Alahai bersemutnya!

Siapa sangka dalam diam rupa-rupanya lagenda badminton negara, Datuk Lee Chong Wei ini punyai sifat sweet yang tersendiri

Kisahnya, beliau memuat naik appreaciation post sempena ulang tahun perkahwinannya dengan isteri, Datin Wong Mew Choo di laman Instagram pada 10 November. 

Di ruangan kapsyen, beliau sempat berkongsi detik-detik awal perkenalan mereka dan bagaimana dia akhirnya memberanikan diri untuk memulakan langkah pertama.

Image via Instagram @leechongweiofficial

Baca di bawah:

"Ada satu ketika, lama dahulu, dia ada di sana. Kadang-kadang memandang saya, kadang-kadang buat tak tahu sahaja. Saya yang naif ini terlalu malu untuk meminta nombor telefonnya. Terlalu bodoh untuk mengetahui apa yang ada di dalam fikiran seorang wanita. 

"Walaupun saya ini agak bodoh, tapi rakan sepasukan saya lagi teruk. Dia suruh saya 'petik' kelopak bunga untuk lihat jika dia (Wong Mew Choo) sukakan saya. 

"Saya cakap tiada duit jadi saya disuruh petik bulu tangkis. Saya ikut. Baru saya tahu yang bulu tangkis ada 16 bulu," tulisnya.

Tambahnya lagi, dia adalah lelaki yang paling bertuah kerana berjaya memperisteri wanita idamannya

"Lebih dari 16 tahun berlalu, dia kini adalah ibu kepada dua orang anak lelaki saya. Selamat menyambut ulang tahun perkahwinan yang ketujuh tahun isteriku. 

"Saya adalah lelaki yang paling bertuah di muka bumi ini apabila kamu bersetuju untuk mengahwini saya. Maaf kerana tidak dapat bersama kamu sekarang kerana tuntutan kerja. 

"Orang cakap saya bertuah kerana dah menang banyak gelaran. Tapi untuk saya, saya bertuah kerana dapat memenangi hati kamu," tulisnya.

Susulan itu, ramai yang memuji level sweet beliau serta bagaimana pasangan tersebut kekal romantik walaupun sudah lama berkahwin

Selain itu, netizen juga turut sama memberikan ucapan ulang tahun perkahwinan kepada pasangan tersebut

Untuk pengetahuan, pasangan tersebut melangsungkan perkahwinan pada 9 November 2012

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata lelaki iaitu Kingston dan Terrance yang dilahirkan pada April 2013 dan Julai 2015 lalu.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Jangan lupa untuk baca juga artikel ini

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment