"Syirik" - Lelaki Ini Dedah Pelaris Yang Ramai Tauke Kedai Gunakan Buat Tarik Pelanggan
Tengok pun dah meremang.
Penggunaan pelaris dan azimat dalam perniagaan bukan perkara yang baru dalam masyarakat kita
Sejak dulu lagi, masyarakat kita sudah didedahkan dengan perkara-perkara 'ghaib' untuk mendapatkan bantuan seperti menarik pelanggan dan kecantikan.
Baru-baru ini, tular satu video berkenaan seorang lelaki yang mendedahkan 'azimat pelaris' yang sering digunakan di kedai-kedai makan.
Lihat video tersebut di bawah:
Menggunakan kalimat Asmaul Husna dan ayat-ayat sihir
Menerusi video yang telah dimuat naik oleh @fadli.maliki di TikTok, lelaki berkenaan turut berkongsi ciri-ciri gambar yang sering digunakan sebagai 'pelaris' bagi menarik ramai pelanggan dan mengelakkan daripada disihir.
Tambahan pula, penggunaan kalimat suci seperti Asmaul Husna dan kalimat-kalimat yang mencurigakan turut meraihkan tanda tanya dalam rata-rata netizen.
Netizen juga turut mendakwa bahawa gambar seperti itu masih digunakan dan kebanyakannya dilihat di kedai mamak atau kedai makan.
Image via @fadli.maliki (TikTok)
Image via @fadli.maliki (TikTok)
Image via @fadli.maliki (TikTok)
"Selalu tengok yang dalam bentuk haiwan" - Netizen
Tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terkejut dan berkongsi pengalaman menemui gambar seperti itu di kedai makan.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 377.6K views, 28.3K likes dan 276 comments di TikTok.
Berikut di bawah adalah komen daripada netizen di laman sosial itu:
Image via @fadli.maliki (TikTok)
Image via @fadli.maliki (TikTok)
Image via @fadli.maliki (TikTok)
Semoga kita semua dijauhkan dari perkara yang mendatangkan khurafat :)
Image via GIFCEN
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik lain hanya di SAYS Seismik:
Leave a comment