Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Tahu Tak Jika Dipaksa Berhenti Kerja, Anda Boleh Tulis Pada Surat Resign & Dapat Pampasan?

Boleh guna cara ini kalau korang berada dalam situasi sama.

Cover image via KPPIT @faridaffy (X)

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Mungkin ramai belum tahu, sebenarnya jika anda dipaksa berhenti kerja oleh syarikat, anda boleh kemukakan isu tersebut dengan menulis di dalam surat perletakan jawatan

Seperti apa yang terjadi baru-baru ini apabila Mahkamah Perusahaan telah memerintahkan Petaling Jaya Dairy Sdn Bhd, pembekal produk makanan milik Perancis untuk membayar pampasan kepada bekas ketua sumber manusianya, Nizatul Asmar Chek Umar sebanyak RM191,530.50.

Menurut New Straits Times, mahkamah mendapati Nizatul telah dipaksa meletak jawatan dengan cara yang salah oleh bekas pengurus besar syarikat itu, Henry Ong Ewe Teow.

Image via @faridaffy (X)

Difahamkan, hubungan Nizatul dan Ong menjadi keruh selepas dia mendengar rungutan pekerja mengenai kelakuan majikannya itu.

Namun, di sebalik usahanya untuk membetulkan keadaan, syarikat itu tidak mengambil apa-apa tindakan.

Ong telah memaksa Nizatul meletakkan jawatan pada 10 Nov 2022 dan mengancam jawatannya bakal diganti orang baru jika dia enggan menurut perintah.

Walaupun perletakan jawatannya dipaksa, syarikat itu hanya menerima tanpa mendengar aduannya.

Pengerusi Mahkamah, D. Paramalingam mengecam syarikat itu kerana tidak memanggil Ong sebagai saksi. Malah, menekankan ketidakhadirannya dan penamatan pekerjaan sebagai sesuatu yang mencurigakan.

Mahkamah memberikan gaji 14 bulan dan pampasan sebulan sebagai ganti pengembalian semula, berjumlah RM241,570

Jumlah wang itu dikurangkan sebanyak 10 peratus disebabkan pendapatan selepas pemecatan dan sebanyak RM43,137 telah diterima sebagai gaji ganti notis.

Dalam pada itu, @faridaffy menyarankan sesiapa yang dipaksa berhenti oleh majikan untuk membuat tindakan sama seperti Nizatul.

"Kalau kena aniaya jangan duduk diam-diam, tapi lawan balik. Sekarang Nizatul Asmar menang RM191,530.00," katanya.

Lihat ciapan itu di bawah:

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment