Tahu Tak Pen Yang TS Muhyiddin Guna Untuk Sain Surat Pelantikan PM Harganya Kurang RM2?!
Ternyata Perdana Menteri Malaysia ke-8 dilihat hanya menggunakan pen berjenama terkenal dan 'mampu milik' yang selalu digunakan orang ramai.
Semalam, 1 Mac, telah berlangsungnya Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia serta Sumpah Simpan Rahsia sebagai Perdana Menteri di Balai Singgahsana Kecil, Istana Negara
Tan Sri Muhyiddin Yassin telah dilantik menjadi Perdana Menteri kelapan dan mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Image via PMO
Image via PMO
Turut menyaksikan istiadat berkenaan, Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.
TS Muhyiddin, 72, yang memakai baju Melayu hitam lengkap bersamping hitam bersulam benang warna keemasan diiringi isterinya, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman.
Image via PMO
Setelah membaca ikrar angkat sumpah jawatan di hadapan baginda, TS Muhyiddin kemudian menandatangani dokumen berkenaan sambil disaksikan Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Mohd Zuki Ali dan Ketua Hakim Negara Tan Sri Tengku Maimun Tuan Mat.
Sepanjang upacara itu berlansung, perasan tak pen yang digunakan TS Muhyiddin semasa menandatangani Surat Pelantikan dan Sumpah Simpan Rahsia itu?
Ternyata Perdana Menteri Malaysia ke-8, TS Muhyiddin dilihat hanya menggunakan pen berjenama terkenal dan 'mampu milik' yang selalu digunakan orang ramai terutamanya dalam kalangan pelajar universiti.
Image via PMO
Image via twimg.com
Dapat dilihat pen yang digunakan beliau adalah pen Artline 210 Medium 0.6mm Fineliner. Pen ini memang ideal untuk tujuan tandatangan selain melukis, sketch dan menulis. Selain warna hitam, pen ini ada juga dalam warna biru, hijau dan merah.
Image via Google
Paling best sekali, harganya juga sangat murah.
Hasil tinjauan di laman Shopee mendapati harga pen tersebut bernilai RM2.40, namun setelah ditolak dengan discount, ianya bernilai RM1.60 sahaja!
Image via Shopee
Malahan tidak perlu singgah ke laman Shopee pun kerana pen ini boleh didapati di mana-mana sahaja kedai yang menjual alatan menulis dan melukis.
Sebenarnya perkara ini bukanlah sesuatu yang baru. Bahkan, pen ini turut sama pernah digunakan mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed.
Image via Blog Wani Kiter
Ketika Tun Dr Mahathir Mohamad mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-7 di hadapan Yang di-Pertuan Agong ke-15, Sultan Muhammad V di Balai Rong Seri, Istana Negara, pada 10 Mei 2018, beliau dilihat turut menggunakan pen Artline 210 Medium 0.6mm Fineliner semasa menandatangi dokumen yang sama.
Image via Blog Wani Kiter
Barangkali pen ini memang pen yang terbaik untuk digunakan waktu tanda tangan dokumen-dokumen penting!
Image via Tenor
Lagi artikel berkaitan:
Leave a comment