“Tak Payah Fikir Panjang Lah” - Ini 5 Brand Gajet Trusted Yang Anda Boleh Beli Di Shopee
Harga berpatutan dan confirm tahan lama.
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Sebagai pengguna telefon pintar yang aktif, sudah pasti kita mahu menggunakan gajet atau aksesori yang tahan lama kan?
Iyalah, kadangkala kita nak senang dan pakai barangan murah saja asalkan ada. Seperti contoh cable charger telefon.
Memang berlambak ada di kedai-kedai gajet yang dijual dengan harga murah sehingga bawah RM10. Tetapi, pakai sekejap je dah rosak buat apa betul tak?
Oleh itu, kali ini kami akan kongsikan lima jenama luar negara yang menjual pelbagai alatan digital trusted serta disarankan oleh peminat mobile accessories di Shopee.
1. Ugreen
Image via Ugreen Official Shop (Shopee)
Image via Ugreen Official Shop (Shopee)
Ugreen adalah jenama dari China yang menjual pelbagai barangan digital dengan harga yang sangat berpatutan. Jangan risau atau takut kena scam, lihat saja berapa banyak item yang telah terjual oleh mereka, semuanya beribu-ribu. Pasti anda tidak ragu-ragu untuk membeli apa saja aksesori dari mereka.
2. Baseus
Image via Baseus Official Store (Shopee)
Image via Baseus Official Store (Shopee)
Sempena sale 12.12 akan datang, Baseus akan mengadakan potongan harga secara giveaway, exclusive voucher dan gift with purchase tau. Jangan lepaskan peluang ini! Harga produk-produk mereka juga dijamin tahan lama dan berbaloi. Jenama ini adalah original dari China. Aksesori kereta dan telefon semuanya ada dijual. Rambang mata dibuatnya!
3. Aukey
Image via Aukey Official Store (Shopee)
Image via Aukey Official Store (Shopee)
Barangan digital yang dijual di Aukey kebanyakannya sedikit mahal berbanding Ugreen dan Baseus. Namun, produk mereka mendapat tempat di hati penggemar gajet kerana kualitinya yang bagus. Gajet mereka juga banyak berwarna hitam yang membuatkan ia nampak elegan dan mahal. Jenama ini adalah dari Kuala Lumpur.
4. Anker
Image via Anker Flagship Store (Shopee)
Image via Anker Flagship Store (Shopee)
Anker juga merupakan jenama original dari Kuala Lumpur dan menjual aksesori telefon serta kereta dengan harga sesuai dengan kualitinya. Apa yang menarik adalah mereka juga ada menjual wireless soundcore music world dan nebula projector. Menarik bukan? Bagi penggemar kedua-dua barangan ini, anda wajib beli!
5. Mcdodo
Image via Mcdodo Official Store (Shopee)
Image via Mcdodo Official Store (Shopee)
Mcdodo adalah produk dari Pulau Pinang yang turut menjual bermacam-macam jenis aksesori digital termasuklah gaming cable. Harga barangan mereka tidak terlalu mahal dan mampu milik kerana kebanyakannya berharga bawah RM50. Kalau anda seorang pelajar, mungkin Mcdodo akan menjadi pilihan anda selain Ugreen dan Baseus.
Jadi, lepas ni tak perlu fikir banyak dah kalau nak beli cable phone, powerbank atau pun charger adapter. Cari je 5 brand ni okay!
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:
Leave a comment