Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Tak Pernah Dibuat Orang, Pasangan Pengantin Main 'Jeep' Redah Lumpur Di Hari Persandingan

Sempoi je pakai baju pengantin redah lecak.

Cover image via Harian Metro

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Kebiasaannya, kebanyakan pasangan pengantin memilih untuk menaiki kenderaan mahal untuk melengkapkan kenangan mereka sebagai raja dan ratu sehari

Namun, berbeza pula dengan pasangan pengantin ini yang memilih untuk menaiki kenderaan pacuan empat roda dalam persalinan busana pengantin mereka.

Menurut sumber, pertemuan pertama mereka berdua adalah ketika melakukan aktiviti lasak. Disebabkan itulah, mereka melakar memori hari bahagia tersebut dengan membuat aktiviti yang sama sebagai kenangan.

Menurut pengantin perempuan itu, dia dan suami yang turut meminati aktiviti lasak berkenaan menunjukkan aksi tersebut di ladang sawit milik bapa di rumah mereka di Kampung Changkat Semanton di Parit, Perak.

Image via Harian Metro

Rupa-rupanya ayah dah rancang untuk bermain pacuan empat roda selepas majlis

"Memang ayah sudah rancang untuk 'bermain' pacuan empat roda selepas majlis saya yang mana sebanyak 10 kenderaan rakan ayah dari Perak datang menghadiri majlis dan aktiviti itu di sebelah petang.

"Saya dan suami ketika itu datang melihat mereka di ladang sebelum mengambil gambar di luar. Ketika itu ramai juga rakan ayah minta tunjuk aksi jadi kami sahut saranan mereka secara spontan biarpun memakai baju pengantin," katanya.

Image via Harian Metro

"Kami memang sudah biasa melalui trek yang berlubang, becak dan berhalangan, tetapi kami masing-masing co-pilot ketika menjalankan aktiviti. Aktiviti itu juga menemukan kami pada program di Bukit Bauk, Terengganu pada Jun tahun lalu.

"Saya didedahkan dengan aktiviti lasak itu sejak berusia 11 tahun kerana ayah memang minat aktiviti itu, malah dia selalu membawa kami sekeluarga berkhemah di hutan, namun tetap bergantung dengan trek juga," katanya lagi.

Sweet je pengantin baru ni! Semoga kekal bahagia hingga ke jannah ya :)

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment