Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Tak Tahu Nak Bawa Anak Pergi Mana Lagi Selain Zoo Negara? Cuba Pergi 6 Tempat Menarik Ini

Anak-anak happy, ibu ayah pun happy!

Cover image via Traveloka Jom Jalan

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Aktiviti pada hujung minggu atau cuti sekolah bersama anak-anak pastinya akan diisi dengan pelbagai program menarik oleh para ibu bapa

Iyalah, anak-anak mesti sudah bosan dengan aktiviti di rumah dan ingin keluar berjalan-jalan seperti biasa.

Jadi, ibu bapa haruslah merancang untuk membawa anak-anak pergi ke tempat yang menarik untuk mengisi masa lapang mereka, terutamanya bagi pencinta haiwan.

Selain daripada Zoo Negara, sebenarnya banyak lagi tempat best yang ibu bapa boleh bawa anak-anak untuk mengenali haiwan dengan lebih dekat, sekali gus boleh membuatkan mereka melupakan gajet untuk seketika.

Berikut di bawah adalah antara enam tempat menarik di sekitar Kuala Lumpur yang pasti akan membuatkan anak-anak teruja:

1. 99 Wonderland Park

Image via Jom Jalan

Image via 99 Wonderland Park

Taman ini bertemakan konsep seperti 'Jurassic Park' dan mempunyai 19 tarikan istimewa yang pastinya membuatkan anak-anak anda tidak jemu berjalan di dalamnya. Antara tarikan yang paling digermari ramai adalah 99 Dinosaur Park, 99 Wild Island, 2 Colourful Water Fountains dan 99 Cruise.

Alamat: Jalan 13a, Pusat Bandar Utara Selayang, 68100 Batu Caves, Selangor.

Klik di sini untuk maklumat lanjut.

2. G2G Animal Garden

Image via lokasipercutian.com

Image via visitselangor.com

Berikan peluang kepada anak-anak untuk berada sedekat mungkin dengan alam semula jadi dan haiwan, G2G Animal Farm menawarkan pakej untuk memberi makan dan membelai haiwan-haiwan di sana. Mesti anak-anak lagi teruja apabila melihat haiwan comel dan jinak!

Alamat: Jalan MAEPS 4/1, Fasa 3 Presint 9, 43400 Serdang, Selangor.

Klik di sini untuk maklumat lebih lanjut.

3. Farm In The City

Image via Johor Now

Image via farminthecity.my

An Eden of Nature and Animals Farm In The City (FITC) adalah konsep baru yang unik di mana ia menggabungkan unsur hidupan liar dan alam semula jadi dalam persekitaran yang direka bentuk taman pemuliharaan. Di sini, anak-anak anda berpeluang memberi makan dan berinteraksi dengan spesis kura-kura gergasi.

Alamat: Lot 40187-40188, Jalan Prima Tropika Barat 1, Pusat Bandar Putra Permai, 43300 Seri Kembangan, Selangor.

Klik di sini untuk maklumat lanjut.

4. KL Tower Mini Zoo

Image via saimatkong.com

Image via myweekendtreat.com

Pelbagai jenis haiwan eksotik boleh ditemui di sini. Daripada ular sawa besar, monyet, tupai nakal hingga arnab yang suka dipeluk. Jangan lupa ambil gambar anak anda bersama burung kakak tua yang cantik dan berwarna-warni.

Alamat: Ground Floor, Menara Kuala Lumpur, WP, Jalan Puncak, 50250 Kuala Lumpur.

Klik di sini untuk maklumat lanjut.

5. Sunway Lagoon Wildlife Park

Image via traveloka

Image via GoodyFoodies (Blog)

Di dalam taman tema besar ini, terdapat zoo yang mempunyai lebih 150 spesis haiwan dari seluruh dunia yang dipamerkan. Ia pastinya dapat menarik minat anak-anak anda untuk menikmati aktiviti-aktiviti di sana.

Alamat: 3, Jalan PJS 11/15, Bandar Sunway, 47500 Subang Jaya, Selangor.

Klik di sini untuk maklumat lanjut.

6. KL Bird Park

Image via Emila Yusof

Image via Asia Travel Blog

Antara aktiviti yang boleh dilakukan di KL Bird Park ini sudah semestinya memerhati perilaku burung terutamanya di kawasan terbuka. Selain itu, anda boleh melihat pelbagai burung dari jarak dekat seperti merak, burung kenyalang dan bangau. Menarik bukan?

Alamat: KL Bird Park, 920, Jalan Cenderawasih, Perdana Botanical Gardens, 50480 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur

Klik di sini untuk maklumat lanjut.

Mesti anak-anak enjoy kalau dapat pergi semua tempat ni kan? Ibu ayah, plan your weekend activities now! :)

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment