Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Tampil Dengan Elemen Classy & Patuh Syariah, Siti Khadijah Lancar Koleksi 'Raya In Vogue'

Selaras dengan tagline SK iaitu, 'Selesa Luaran, Tenang Dalaman', koleksi dijual dengan harga di antara RM208 ke RM328.

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Siti Khadijah Apparel Sdn Bhd (Siti Khadijah) hari ini secara rasminya melancarkan koleksi raya 'Raya in Vogue' mereka

Bermula dengan penjualan telekung, jenama Siti Khadijah (SK) turut dipelbagaikan dengan pelbagai jenis rangkaian produk termasuk pakaian untuk wanita dan lelaki.

Malah selepas 14 tahun mengukuhkan nama di pasaran, kehadiran koleksi baju raya untuk lelaki dan wanita menyemarakkan lagi persaingan di antara pengeluar pakaian patuh syariah di negara kita.

Koleksi 'Raya In Vogue' menampilkan lima baju kurung, satu baju Melayu selain jubah wanita itu turut diperagakan dalam pertunjukan fesyen diadakan di ruang legar pusat beli belah, KL East Mall.

Koleksi 'Raya In Vogue' ini dijual dengan harga di antara RM208 ke RM328.

Image via @telekung.sitikhadijah (Instagram)

"Koleksi Raya In Vogue yang diperagakan hanya dijual secara fizikal secara terhad di butik seluruh negara. "Selain itu mereka juga boleh membeli menerusi 'personal shopper' berdaftar yang kami panggil Srikandi di seluruh Malaysia.

"Hingga kini, kami mempunyai lebih 600 Srikandi berdaftar. Pembelian koleksi ini juga boleh dibuat menerusi laman sesawang www.sitikhadijah.com.

"Jualan sudah dibuka mulai hari ini. Jadi rancang pembelian anda dengan bijak, seperti yang dikatakan beli awal tak kalut. Kami tidak menggalakkan orang membeli minit akhir sebelum raya," kata Pengasas Siti Khadijah, Hajah Padzilah Enda Sulaiman.

Koleksi 'Raya In Vogue' ini dijual dengan harga di antara RM208 ke RM328

Kata Padzilah lagi, koleksi tahun ini diserlahkan dengan gaya mewah tetapi mengekalkan konsep kesederhanaan dan menitikberatkan soal keselesaan.

Selaras dengan tagline SK iaitu, 'Selesa Luaran, Tenang Dalaman', koleksi dijual dengan harga di antara RM208 ke RM328.

"Tahun sebelumnya kami ada tampilkan rekaan bercirikan nusantara, klasik dan sebagainya. Tahun ini kami tampilkan elemen yang lebih 'classy' namun mengekalkan ciri patuh syariah.

"Lima koleksi baju kurung kami namakan sebagai Nazrin Kurung Pesak, Azra Kurung Pesak, Alara Kurung Moden, Aylin Kurung Moden dan Zehra Kurung Pahang. Dan setiap koleksi dihadirkan dengan lima pilihan warna.

"Bagi koleksi lelaki pula kami namakan Daud Baju Melayu, juga dengan lima pilihan warna. Selain itu, ada juga pilihan jubah, tudung sarung, bawal satin dan biasa," katanya.

Padzilah tengah bersama barisan selebriti yang hadir, Arash Mohd, Kuza, Vanidah Imran dan Edika Yusof memeriahkan pelancaran Raya In Vogue, Siti Khadijah di KL East Mall.

Image via @telekung.sitikhadijah (Instagram)

Barisan model menggayakan koleksi raya Siti Khadijah.

Image via @telekung.sitikhadijah (Instagram)

Image via @telekung.sitikhadijah (Instagram)

Dalam pada itu, Padzilah berkata pihaknya juga enggan statik dan mahu terus mengembangkan jenama ini ke persada antarabangsa. Hingga kini, jenama itu mempunyai 47 butik di seluruh Malaysia.

"Kami ada juga mempunyai dua butik di Indonesia. Seterusnya, paling terdekat kami bakal melebarkan sayap ke Singapura," katanya.

Terdahulu, pada acara pertunjukan itu, Edika Yusof serta Arash Mohd turut mencuri tumpuan memperagakan koleksi lelaki SK.

Turut menghiburkan tetamu dan penonton di premis beli belah itu ialah Lah Ahmad dan kumpulan Ruffedge.

Malah Vanidah Imran, Kuza selain pempengaruh terkenal di platform digital serta media sosial turut diundang memeriahkan majlis.

Selain Padzilah, turut hadir ialah Pengerusi Kumpulan Siti Khadijah, Shafie Shamsuddin dan Pengasas Bersama Siti Khadijah, Aminuddin Mohd Nasir.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik lain hanya di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment