Tarikan Taman Tema Terbaharu, ESCAPE Putrajaya Di Alamanda Kini Dibuka!
Bestnya, admin nak pergi!
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Buat peminat aktiviti ekstrem, korang tahu tak? Taman tema ESCAPE kini sudah dibuka di Alamanda, Putrajaya!
Pelbagai aktiviti dan tarikan menarik terdapat di ESCAPE Putrajaya. Jika anda membeli tiket, ianya sudah termasuk semua rides dan attractions di taman tema.
Anda boleh bermain puas-puas dari pukul 10 pagi hingga 6 petang. Jangan risau, jika anda ingin keluar dan masuk berkali-kali pun tidak menjadi masalah kerana tiket anda ialah unlimited!
Image via ESCAPE Putrajaya
Image via ESCAPE Putrajaya
Untuk memastikan proses masuk ke taman tema dengan lancar, ESCAPE menggunakan sistem tiket pengecaman muka (face ID)
Semua pelawat dikehendaki mendaftar muka mereka sebelum masuk ke taman tema.
1. Pautan pendaftaran muka akan dihantar ke e-mel
2. Klik pautan yang disediakan
3. Muat naik swafoto anda
4. Imbas wajah anda di pintu masuk dan enjoy pengalaman ESCAPE anda!
Harga masuk ke ESCAPE Putarajaya adalah seperti berikut:
Image via ESCAPE Putrajaya
Untuk maklumat lanjut, anda boleh melayari laman web ini.
Lihat video di bawah:
Leave a comment