Tawar RM50 Satu Subjek Jika Dapat Terbaik, Mak Ayah 'Terciduk' Lepas Anak Berjaya 9 Subjek
So, RM50 x 9 lah ni?
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Bagi ibu bapa, memberikan pendidikan yang cukup buat anak-anak adalah menjadi perkara utama
Sudah pastinya mereka mahukan yang terbaik. Sebab itu, ada ibu bapa yang mengambil inisiatif untuk membuat pelbagai 'tawaran' jika anak mereka berjaya dalam pembelajaran.
Sama seperti perkongsian di laman X ini apabila seorang wanita 'termakan' diri selepas membuat tawaran kepada anaknya.
Image via @PittKF (X)
Tak sangka anak 'bedal' 9 subjek sekali gus
Menerusi perkongsian di akaun @PittKF di laman X, berkongsi pada mulanya mereka bercadang untuk memberi ganjaran RM50 bagi setiap mata pelajaran yang berjaya mendapat terbaik.
Bagaimanapun, anak perempuan mereka membuktikan tidak hanya satu subjek yang berjaya diperolehi cemerlang, tetapi sembilan subjek kesemuanya.
"Bini aku tengah pening. Pi offer anak RM50 per subject yang dia berjaya dapat terbaik dalam kelas. Ni dalam majlis hari kecemerlangan, baru tahu rupanya dia sebat 9 sekali gus," tulisnya.
Namun, dia meluahkan rasa syukur di atas kejayaan anaknya yang berjaya memperoleh keputusan cemerlang.
Lihat perkongsian di bawah:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:
Leave a comment