Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

TCL Perkenal Dua Siri Model Google TV Terbaru 'QLED T7B & 4K UHD V6B' Eksklusif Di Lazada

Jangan lepaskan peluang untuk meningkatkan pengalaman hiburan rumah anda dengan inovasi terbaharu TCL.

Cover image via Lazada

Follow kami di WhatsApp Channels, TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Jenama produk elektronik global, TCL baru-baru ini mengumumkan kerjasama dengan Lazada untuk melancarkan dua model televisyen eksklusif mereka iaitu TCL QLED Google TV T7B dan TCL 4K UHD Google TV V6B

Difahamkan, kerjasama strategik itu adalah sebagai penanda aras bagi TCL dalam mengukuhkan komitmennya dengan inovatif produk elektronik kepada pengguna.

Bagi mereka yang mencari pengalaman hiburan interaktif di rumah yang lebih premium, TCL QLED TV T7B menawarkan nilai yang luar biasa. Tersedia dalam saiz 55″, 65″, 75″, dan 85″ dengan tawaran harga bermula dari RM1,899. 

Model ini memanfaatkan teknologi Quantum Dot yang canggih dengan prestasi warna yang luar biasa. Dalam pada itu, teknologi ini juga menghasilkan lebih satu bilion tona warna di skrin TV dan memastikan setiap imej dipaparkan dengan ketepatan dan keceriaan yang menakjubkan.

Tersedia dalam saiz 55″, 65″, 75″, dan 85″ dengan harga jualan bagi T7B bermula dari RM1,899.

Image via Lazada

Selain itu, T7B direka untuk mengekalkan kecerahan optimum dan kejelasan gambar walaupun dalam persekitaran yang terang.

Malah, ia juga menggabungkan teknologi HDR10+, yang meningkatkan julat dinamik yang tinggi, memberikan kontras yang unggul, warna tepat yang terang dan perincian yang terperinci dalam setiap siaran.

Sama ada menonton filem HDR, sukan atau bermain permainan, T7B menjanjikan pengalaman visual yang mengasyikkan dan menarik.

TCL V6B 4K UHD Google TV - Skrin TV terbaik bagi peminat hiburan interaktif di rumah

Tersedia dalam empat saiz iaitu 50″, 55″, 65″, dan 75″ dengan harga bermula dari RM1,299. V6B menggabungkan ciri estetika dengan teknologi terkini.

Ia menampilkan antara paparan Google TV terkini, menyediakan pengguna dengan platform lebih lancar untuk mengakses pelbagai kandungan penstriman, skrin peribadi dan kawalan rumah pintar bersepadu.

“TCL sentiasa berada di barisan hadapan dalam inovasi, dan V6B Google TV mencontohi komitmen kami untuk menyampaikan teknologi termaju dan kualiti unggul,” kata Carolyn Qiu, Pengarah Urusan TCL Malaysia.

Tambahnya lagi, dengan ciri canggih dan antara muka mesra pengguna, V6B ditetapkan untuk mentakrifkan semula standard hiburan di rumah dan meningkatkan pengalaman menonton kepada pengguna.

Tersedia dalam empat saiz iaitu 50″, 55″, 65″, dan 75″ dengan harga jualan bagi V6B bermula dari RM1,299.

Image via Lazada

Sasar penjualan sebanyak 10,000 unit model T7B dan V6B menjelang akhir tahun ini

Pelancaran eksklusif TCL T7B QLED Google TV dan V6B 4K UHD Google TV di Platform Lazada adalah bukti pendekatan strategik TCL terhadap pengembangan pasaran dan pengguna.

Dengan memanfaatkan rangkaian e-dagang Lazada yang luas, TCL berhasrat untuk mencapai pasaran yang lebih luas dan menyediakan akses mudah kepada pelanggan kepada inovasi terkininya.

“Kami teruja untuk bekerjasama dengan Lazada untuk pelancaran eksklusif ini, ini kerjasama dalam meningkatkan keupayaan pengedaran kami dan sejajar dengan matlamat untuk menghasilkan kualiti tinggi hiburan di rumah yang boleh diakses oleh lebih luas.

“Kami yakin bahawa gabungan platform dalam talian Lazada yang mantap dan teknologi canggih TCL akan memacu jualan yang ketara danpertumbuhan pasaran,” katanya lagi.

T7B direka untuk mengekalkan kecerahan optimum dan kejelasan gambar walaupun dalam persekitaran yang terang.

Image via Lazada

TCL turut menetapkan sasaran penjualan 10,000 unit model T7B dan V6B menjelang akhir tahun ini.

Selain itu, jenama ini juga menyasarkan untuk menjadi jenama terkemuka dalam pasaran TV skrin besar dalam talian, terutamanya untuk model 75″ dan 85″ dalam mendominasi kategori TV QLED.

Dalam pada itu, bagi pengguna yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai T7B QLED Google TV dan V6B 4K UHD Google TV baharu eksklusif di TCL Flagship Store Lazada melalui laman sesawang https://www.lazada.com.my/shop/tcl-malaysia

Jangan lepaskan peluang untuk meningkatkan pengalaman hiburan rumah anda dengan inovasi terbaharu daripada TCL. Pelanggan juga boleh menebus baucar pembeli baharu Lazada bernilai RM12 OFF: kod baucar LZTCL1.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment