Tak Perlu Terbang Jauh-Jauh, Ini 9 Tempat Menarik Di Malaysia Untuk 'Fefeeling' Overseas!
Banyak sebenarnya tempat-tempat cantik di Malaysia.
Semua orang pasti teringin pergi ke tempat menarik yang boleh tenangkan fikiran dan hilangkan stress
Tapi bila ada duit lebih sikit mulalah ramai yang ingin terbang ke luar negara walhal di tanah air kita sahaja sudah ada begitu banyak tarikan menarik yang boleh diterokai.
Image via Forbes
Sama ada tempat peranginan tanah tinggi, taman rekreasi air terjun, tempat peninggalan sejarah, taman tema, pulau-pulau yang cantik dan macam-macam lagi, terdapat begitu banyak tempat yang best di Malaysia yang boleh kita kunjungi.
Malah, sesetengah destinasi pelancongan ini juga bukan hanya bertaraf dunia dan menjadi lokasi persinggahan pelancong asing tetapi juga persis seperti berada di luar negara.
Image via Libur
Jadi mengapa perlu menghabiskan wang dan masa ke luar negara sedangkan banyak tempat menarik di Malaysia yang masih belum lagi dilawati?
Tidak perlu terbang jauh-jauh dan habiskan banyak wang, berikut adalah antara tempat menarik dalam Malaysia untuk 'fefeeling' overseas:
1. Sky Mirror di Kuala Selangor, Selangor
Image via MDKS
Hanya kira-kira 1 jam perjalanan dari Kuala Lumpur, Sky Mirror merupakan tarikan menarik di Kuala Selangor. Buat peminat fotografi, anda tidak perlu lagi menghabiskan duit travel ke Bolivia semata-mata untuk mendapat seni foto ala Salar de Uyuni.
Image via Facebook Sky Mirror
Image via Facebook Sky Mirror
Image via MDKS
2. Ladang Bunga Matahari di Kangar, Perlis
Image via Google
Jika sebelum ini kebanyakan daripada kita memilih untuk ke Lopburi, Thailand bagi menyaksikan keindahan bunga matahari, kini anda tidak perlu lagi ke sana kerana ladangnya sudah terdapat di negara sendiri di Taman Ular dan Reptilia, Kangar, Perlis.
Image via Facebook Faiz Samsudin
Image via Facebook Faiz Samsudin
3. Taman Jepun di Bukit Tinggi, Pahang
Image via Berjaya Hills
Jangan lepaskan peluang untuk ke 'perkampungan Jepun' yang berada kurang daripada 10 minit berkenderaan dari Colmar Tropicale di Bukit Tinggi. Anda boleh bergambar berlatarbelakangkan lanskap yang menarik dengan elemen tumbuh-tumbuhan, air, dan ikan koi yang sememangnya sesuai sebagai tempat merehatkan minda. Alang-alang itu boleh sewa baju kimono sekali!
Image via Berjaya Hills
Image via Berjaya Hills
Image via Blog Nadzirahata
4. Bunga 'Sakura' di Alor Setar, Kedah
Image via The Vocket
Seolah-olah suasana musim bunga sakura di Jepun, iu yang dapat digambarkan apabila fenomena bunga tekoma atau pun lebih dikenali sebagai sakura Kedah di sekitar bandar raya Alor Setar. Walau bagaimanapun, fenomena setahun sekali ini kebiasaannya akan bermula pada Mac sehingga awal April.
Image via Berita Harian
Image via Wordpress Misakolopo
Image via Blog Sha My Heart
5. Mongolian Yurt di Kundasang, Sabah
Image via Facebook My Sutra
Sesiapa yang ingin merasai pengalaman berbeza dengan menginap dalam khemah Mongolia, tidak perlu pegi jauh kerana ianya boleh didapati di Kundasang, Sabah. Mongolian Yurt merupakan struktur rumah tradisional masyarakat nomad Mongolia yang telah wujud sejak 3000 tahun yang lampau. Selain itu, salah satu aktiviti famous di sini ialah memerhati bintang yang berkelipan agak jelas sekitar pukul 11 malam dan ke atas.
Image via Trip Advisor
Image via The Vocket
6. Pantai Tusan di Miri, Sarawak
Image via Tempat Menarik
Anda tidak perlu mengembara jauh untuk melihat keindahan dan keajaiban 'air mata biru' kerana ianya ada di Miri, Sarawak! Hanya setengah jam dari bandar, fenomena yang terdapat di Pantai Tusan ini berlaku kerana warna alga (dipanggil dinoflagellate) yang mempamerkan warna biru. Meskipun begitu, 'air mata biru” hanya muncul pada akhir tahun, sekitar bulan September hingga Disember.
Image via Tempat Menarik
Image via The Borneo Post
7. Perkampungan Perancis di Bukit Tinggi, Pahang
Image via Harian Metro
Selain Taman Jepun, anda juga boleh merasakan pengalaman berada di perkampungan desa bertema Perancis yang mengujakan di Colmar Tropicale, Bukit Tinggi. Buat yang tidak tahu, kawasan ini telah diinspirasikan daripada bandar Colmar abad ke-16 yang sebenar di timur laut Alsace, Perancis
Image via Blog Zazaiman
Image via Jalan-jalan Liburan
8. Taman Pokok Rhu di Pantai Senok, Kelantan
Image via Rileklah
Pantai Senok di Kelantan sangat terkenal dengan kecantikan deretan pokok rhu pantai dan kayu putih sehingga digelar 'Pulau Nami Malaysia'. Jadi kalau nak tangkap gambar fefeeling berada di Korea Selatan, singgah ke sini sahaja pun boleh. Buat yang bakal berkahwin dan nak berangan macam drama Winter Sonata, jadikan sahaja lokasi ini sebagai lokasi outdoor photoshoot nanti!
Image via Google
Image via Tempat Menarik
9. Desa Cattle Dairy Farm di Kundasang, Sabah
Image via Rojak Daily
Kat Malaysia ini selalu nampak lembu warna hitam atau perang. Tapi kalau nak lihat lembut warna hitam putih, tidak perlu sampai pergi ke New Zealand. Di Malaysia pun anda boleh menikmati udara sejuk, segar dengan permandangan indah ladang lembu yang terletak di Desa Cattle Dairy Farm, Mesilau, Sabah.
Image via Facebook Kaki Viral
Image via Kota Kinabali Attraction
Jom, ajak si kaki jalan yang rindu nak jalan-jalan.
Alang-alang itu boleh cuti-cuti Malaysia sekali!
Image via Tenor
Image via SAYS Seismik
Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:
Leave a comment