Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

10 Tempat Wajib Pergi Di Nusa Penida, Bali Yang Confirm Akan Buat Korang 'Blown Away'!

Nusa Penida memang magik!

1. Angel's Billabong

Image via Farouq Johari

Nature's very own infinity pool!

Zaman sekarang ni, infinity pool tu memang dah jadi trend di kebanyakan hotel mewah. Tapi semua tak boleh lawan infinity pool yang terbentuk secara semula jadi di Angel's Billabong. Dah lah natural, jernih gila pulak tu! Macam mana korang tengok kat gambar, macam itu jugaklah in real life. Serius cantik sangat!

Image via Farouq Johari

Bukan setakat boleh tengok je, siap boleh turun dan mandi sekali di Angel's Billabong ni. Tapi hati-hati, jangan pergi sampai hujung sangat sebab ombak ganas bila-bila boleh datang dan 'sapu' semuanya tanpa diduga. Beringatlah sebelum jadi arwah.

2. Broken Beach

Image via Farouq Johari

Ajaib betul Broken Beach ni. Macam mana tiba-tiba boleh ada lubang besar dengan air laut menghijau macam ni? Tiada siapa yang tahu.

Image via Farouq Johari

Bila baca mitos, agak panjang juga ceritanya. Long story short, ada kisah pasal seekor lembu yang secara tiba-tiba muncul di perkampungan kat situ. Orang kampung terus tangkap dan sembelih untuk jadikannya sebagai sajian ramai.

Setelah jamuan selesai, datang pula seorang anak kecil yang mencari haiwan ternakannya yang hilang. Bila ditanya pada orang kampung, tak ada siapa yang mengaku lembu itu telah disembelih.

Untuk mencari kebenaran, anak kecil itu cucuk sebatang lidi di tanah dan meminta orang kampung untuk mencabutnya. Kalau ada yang mampu cabut, maka benarlah apa yang orang kampung cakap. Orang kampung dengan angkuhnya cuba mencabut lidi itu, tapi tak ada seorang pun yang mampu.

Dia yakin bahawa orang kampung telah menipu, dan kemudian mencabut lidi tersebut. Maka terjadilah satu gempa bumi yang mengakibatkan tanah runtuh. Tak ada seorang pun yang selamat.

The end.

Image via Farouq Johari

Sebenarnya kan, tak tahu nak explain apa lagi sebab tempat ni memang teramat cantik dan tersangat ajaib.

3. Kelingking Beach

Image via Farouq Johari

Cantik gila boleh tak! Ramai Mat Salleh yang menggelar Kelingking Beach ni sebagai pantai paling cantik yang wujud di planet bumi.

Dengan tebing tinggi penuh kehijauan yang agung, siap ada kepala T-Rex terjulur ke kawasan laut, dihiasi pulak dengan air laut turquoise jernih bak kristal, ditemani tiupan angin sepoi-sepoi bahasa melambai, diserikan lagi dengan pantai pasir lembut putih seputih Qu Puteh, tiada apa lagi yang boleh dikatakan tentang kesempurnaan Kelingking Beach ini. Simply stunning!

Image via Farouq Johari

Kalau nak lagi best, boleh turun ke bawah pantai tu untuk mandi manda, sambil dapatkan gambar yang lebih padu yang pastinya akan memberi likes yang banyak di Instagram dan FB.

Image via Instagram @alec_basanec

Daripada ambil gambar dari atas je, apa kata pergi turun all the way down sampai pantai tu untuk berehat dan mandi manda. Barulah seronok! Bila lagi nak ada experience mandi kat situ. Nak datang pun bukan senang.

4. Manta Point

Image via Instagram @arhamf

Bagi yang nak berenang-renang riang bersama ikan Manta yang friendly, tempat ni waijb korang singgah! Ingat senang ke nak dapat peluang macam ni dalam hidup. Selalunya pergi snorkeling dapat tengok ikan-ikan kecil je. Tapi di Nusa Penida ni special sikit sebab ada Manta Point yang memang penuh dengan ikan eksotik ini sepanjang masa.

Tak suka snorkeling? Tak reti berenang? Takpe, boleh enjoy the breathtaking view from the top of the cliff.

Image via Unearth With Us

Gambar pakai drone lagi jahat guys! Maka beruntunglah sesiapa yang membawa drone ke Nusa Penida. The pictures are gonna be awesome!

I mean... look at this shot!

Tadaa!

Image via Breezy Tours

Tapi nak dapatkan experience yang paling best tentunya kena snorkeling kat sini. Memang berbaloi-baloi dan lain dari yang lain.

5. Peguyangan Waterfall

Image via Instagram @arhamf

Kalau korang nak tahu, Nusa Penida ni memang terkenal dengan tebing-tebing tinggi dan pemandangan yang dahsyat. Peguyangan Waterfall ni adalah salah satunya.

Menariknya tentang tempat ni, korang boleh menapak kat tangga biru curam ni untuk dapatkan pengalaman yang ekstrem. Tengok gambar kat bawah ni, rasa-rasa ada beran tak nak turun sampai bawah?

Gayat!

Image via The Northern Boy

Kalau turun sampai bawah, mestilah kena ada something yang berbaloi, kan? Jangan risau. Once dah sampai bawah, korang akan disajikan dengan sebuah infinity pool yang korang boleh berendam sampai puas. Lagi best kalau masa pergi tu tak ada orang!

Waterfall kat sini kecik je sebenarnya. Boleh tengok kat gambar bawah ni haa.

Image via Traveling Yuk

Tapi ingat, kalau dah turun mestilah kena naik semula ke atas. Menapak lah semula naik tangga biru tu ya. Fikirlah masak-masak sebelum buat keputusan. :D

6. Atuh Beach

Guys, tempat Simba kena julang dengan Rafiki dalam Lion King tu wujud guys. Ada kat Atuh Beach! Sekali pandang rasa macam kenal, dua kali pandang memang sah itu tebing dalam cerita Lion King. Sebijik sama!

Image via Journey Era

Haaa sama kan, sama kan.

Image via pinimg.com

Okay enough with Lion King. Kepada kaki mandi manda dan suka dipukul ombak yang agak kuat, Atuh Beach ni memang perfect. Kalau tak nak mandi laut pun takpe, boleh saja lepak di warung-warung tepi pantai untuk minum air kelapa segar. Fuuhh nikmat!

Image via wikimedia.org

Boleh jugak ambil gambar dari atas kalau malas nak turun menapak ke pantai. View dari atas tebing di Atuh Beach ni pun dah cukup awesome untuk dibawa pulang sebagai kenang-kenangan.

Image via Jana Meerman

7. Diamond Beach

Image via Instagram @philmakhalid

Diamond Beach ni hands down, one of the most beautiful places in Nusa Penida! Full stop.

Dia punya kebiruan air, keputihan pasir pantai, terletak pula kat bawah tebing tinggi yang gah, memang susah untuk gambarkan kecantikan sebenar Diamond Beach ni. Korang kena pergi sendiri dan lihat. Confirm korang akan blown away!

Image via Instagram @philmakhalid

Nampak, siap boleh ambil gambar kat bend alah comel ni bila dah sampai bawah. Tak cukup dengan sarang burung comel ni, kat sebelah dia siap ada buaian!

Dengan pemandangan yang sebegitu cantik, ditambah pula main buaian sambil disapa angin sepoi-sepoi bahasa, sememangnya satu pengalaman yang tidak boleh dilepaskan oleh sesiapa yang berkunjung ke Diamond Beach.

Image via Wandering Wheatleys

Cuma nak turun bawah tu agak seksa sikit la sebab tangga dia boleh buat gaduh. Sebelum korang pergi, better tengok dulu video-video di YouTube tentang pengembaraan ke Diamond Beach dan research dulu sama ada tempat ni sesuai atau tidak untuk korang explore.

Bukan setakat kena menapak naik turun, siap kena paut tali lagi. Tersilap langkah memang bahaya. Jadi, hati-hati ya semua.

Image via Love Hard, Travel Often

8. Rumah Pohon Molenteng

Image via Instagram @philmakhalid

Bersebelahan dengan Diamond Beach, ada Rumah Pohon Molenteng yang cukup popular di kalangan travelers. Dia punya view memang tak payah cerita lah. Kalau nak gambar lagi nice, boleh datang waktu matahari terbit.

Di sini merupakan salah satu tempat paling hot untuk ambil gambar sunrise. And the result will be spectacular, tak kiralah sama ada korang ambil gambar pakai phone tahun 2013 atau pakai kamera paling latest.

Image via The Northern Boy

Cuma yang tak berapa best, tak ada banyak angle sangat untuk bergambar. Paling tipikal tentunya bertenggek kat tangga rumah pohon tu, dengan latar belakang Diamond Beach yang super cantik. Itu sahaja hehe.

Kalau korang skrol Instagram feed Rumah Pohon Molenteng ni pun, gambar semua orang lebih kurang sama je.

Image via Berita Baik

Tak pasti sama ada boleh masuk atau tidak rumah pohon tu sebab ada sesetengah orang boleh, tapi selalunya diorang akan letak signboard kat atas tangga tu melarang daripada orang masuk ke dalam.

Barangkali untuk menjaga keaslian rumah tersebut serta mencegahnya daripada roboh dek kepadatan pelancong.

9. Pulau Seribu Viewpoint

Image via Unearth With Us

Bersebelahan dengan Rumah Pohon Molenteng, ada Pulau Seribu Viewpoint pulak.

Senang cerita, ada banyak sangat spots yang berbeza pada satu tempat. Atuh Beach, Diamond Beach, Rumah Pohon Molenteng, dan Pulau Seribu Viewpoint ni semuanya berada di tempat yang sama, jaraknya sebelah menyebelah je. Best!

Jadi kalau dah sampai Nusa Penida east side, wajib untuk korang pergi keempat-empat lokasi menakjubkan ni. Buat day trip pun boleh! Lepas tu ambil gambar banyak-banyak dan upload banyak-banyak ke Instagram. Baru boleh dapat beribu-ribu likes, kalau itu yang korang kejarlah. Hehe.

10. Bukit Teletubbies

Image via cherysabalitour.com

Ahhh yang ini betul-betul menggamit memori masa zaman kecil-kecil dulu. Siapa suka tengok Teletubbies angkat tangan!

Kepada yang suka menonton siri ini, pastinya akan perasan tentang kawasan perbukitan di mana Teletubbies ini tinggal. Malah, rumah mereka pun berbentuk seperti sebuah bukit. Serius comel!

Image via medium.com

Di Nusa Penida, ada sebuah tempat yang sebijik sama macam bukit dalam siri Teletubbies ini dan ia juga diberi nama Bukit Teletubbies. Bentuk muka buminya yang berbukit bukau dan penuh kehijauan ini sememangnya amat memukau mata memandang. Pastinya satu pemandangan yang korang tak nak lepaskan.

Image via Medium

Bukit ini akan jadi lebih wow bila tibanya masa untuk matahari terbenam. Bila bercakap tentang matahari terbenam atau sunset, Bali adalah salah satu tempat dengan sunset yang sangat indah dan cukup luar biasa.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Nak pergi Nusa Penida? Haa, baca sini!

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment