Nak Makan Nasi Lemak Punya Pasal, Mat Salleh Ni Sanggup Terbang 9,600KM Dari Greece Ke KL!
Darren Cronian, seorang YouTuber, mula jatuh cinta dengan rasa nasi lemak ketika pertama kali mencubanya 5 tahun yang lalu semasa bercuti di Malaysia.
Jika bunga raya menjadi bunga kebangsaan Malaysia, nasi lemak pula seharusnya dilabel sebagai makanan kebangsaan negara ini
Sebagai rakyat Malaysia sejati, ramai yang membesar dengan nasi lemak. Bahkan hidangan ini boleh dianggap sajian ruji tatkala sarapan pagi yang selalunya lengkap dimakan bersama secawan teh tarik.
Image via Terbaek Net
Meskipun begitu, yang bestnya di tanah air ini, tidak susah untuk mendapatkan nasi lemak tidak kira pada bila-bila masa, tidak semestinya pada waktu pagi. Pasti ada sahaja kedai mahupun restoran yang menyajikan nasi lemak menjelang waktu petang mahupun pada malam hari.
Image via Butter Kicap
Dengan rasa nasi yang lemak dan beraroma dan digaul bersama sambal ikan bilis, telur rebus ataupun telur goreng, kacang goreng serta timun, setiap suapan terasa begitu nikmat sekali sehinggalah ke suapan terakhir.
Baru-baru ini, seorang usahawan online yang juga YouTuber bernama Darren Cronian sanggup terbang 9,600km hanya kerana mengidam untuk merasai masakan nasi lemak!
Semuanya bermula gara-gara Darren terlihat sebuah gambar masakan nasi lemak dalam pautan Instagram miliknya. Selepas daripada itu, Darren seolah-olah tidak boleh memikirkan perkara lain selain daripada menikmati hidangan tersebut.
Image via YouTube Remote Darren
Pada mulanya Darren cuba untuk mencari nasi lemak di restoran Malaysia yang berada di sekitar Greece atau di negara jiran yang ada menjual hidangan itu namun tiada restoran yang menjual masakan Malaysia.
Selepas misinya gagal untuk mencari nasi lemak berdekatan, Darren terus membuat keputusan untuk membeli tiket penerbangan ke Malaysia dengan harapan dapat merasa sendiri nasi lemak yang diidamkannya itu.
Image via YouTube Remote Darren
Selepas terbang 6,000 batu dari Greece, Darren yang tiba di Singapura terlebih dahulu terus ke restoran berhampiran yang menjual hidangan berkenaan. Meskipun telah berjaya melepaskan idamnya terhadap nasi lemak di Kota Singa, Darren akui nasi lemak itu bukanlah yang terbaik yang pernah dirasainya.
Lihat video penuh di bawah:
Susulan daripada itu, Darren yang kini sudah berada di Malaysia merancang akan berada di sini selama 4 minggu untuk melawat tempat-tempat menarik dan mencuba makanan rakyat Malaysia
Malah, dia baru sahaja mengajukan soalan di mana dia boleh mendapatkan ‘street food’ terbaik di Malaysia?
Untuk pengetahuan, Darren mula jatuh cinta dengan rasa nasi lemak serta hidangan tanah air yang lain seperti laksa Sarawak, mi goreng mamak serta mi kolok ketika pertama kali mencubanya 5 tahun yang lalu semasa bercuti di Malaysia.
Selain daripada makanan, Darren yang mengganggap Malaysia sebagai rumah keduanya turut menyukai kepelbagaian kaum serta hospitaliti yang ditawarkan di sini membuatkan dirinya berasa seperti di rumah.
Antara video menarik milik Darren berkenaan Malaysia:
Jom rakyat Malaysia kita pakat suggest makanan yang best untuk Darren cuba!
Image via City Co-Pilot
Makanan Malaysia memang terbaik, ramai yang jatuh cinta!
Leave a comment