Wanita Malaysia Terkejut Kena Bayar RM15K Sehari Masuk Wad Di Jepun Hanya Sebab Flu
Dia disyaki terkena jangkitan tersebut selepas melawat sebuah puncak gunung di Hokkaido, Jepun.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Percutian seorang wanita Malaysia di Hokkaido, Jepun nyaris menjadi mimpi 'ngeri' selepas dia diberitahu perlu membayar sejumlah bil RM15,000 apabila dimasukkan ke wad setelah terkena jangkitan flu
Menerusi laporan China Press, seorang wanita Malaysia, Qin telah ke Jepun bersama keluarganya awal Januari lepas.
Namun begitu, dia telah dimasukkan ke wad setelah menghidap influenza selepas melawat puncak sebuah gunung di Hokkaido.
"Selepas dimasukkan ke hospital, saya diberi bantuan pernafasan kerana kekurangan oksigen. Komunikasi adalah sukar (dengan kakitangan hospital) walaupun dengan aplikasi terjemahan, sehinggalah kami menemui penterjemah bahasa Cina.
"Saya memberitahu tentang keadaan saya, tetapi kakitangan hospital hanya memberikan saya oksigen sekali diteruskan bersama cecair intravena walaupun saya masih dalam keadaan sukar bernafas," katanya.
Image via China Press
Kemasukan ke hospital Jepun dalam wad kecemasan memerlukan bayaran tunai pendahuluan
Walaupun mempunyai travel insurance, dia membuat keputusan untuk pulang dan mendapatkan rawatan di Malaysia selepas mengetahui kos rawatan di situ.
Dia memaklumkan hospital, dia tidak mampu membayar untuk rawatan lanjut, dan dia telah diminta menandatangani penafian bagi membebaskan pihak hospital bebas daripada tanggungjawab selepas dia keluar.
"Keluarga saya bimbang tentang saya kerana saya tidak makan apa-apa. Saya menghembus nafas lebih banyak daripada saya sedut nafas. Selepas mengambil ubat tahan sakit, saya mula muntah pada keesokan harinya," katanya.
Image via China Press
Menerima lebih daripada 10 ubat sebaik sahaja dimasukkan ke hospital di Malaysia
Dia dimasukkan ke hospital sebaik sahaja tiba di Malaysia. Dia telah diberikan lebih daripada 10 ubat pada malam itu walaupun kebanyakan pesakit hanya memerlukan dua ubat.
"Doktor berkata saya terpaksa dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) kerana tahap oksigen dalam darah saya tidak dapat stabil.
"Saya dimasukkan ke hospital selama lima hari empat malam. Saya tidak kembali bekerja serta-merta selepas dibenarkan keluar, tetapi menjalani tempoh pengasingan. Kini saya telah pulih sepenuhnya." tambahnya.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:
Leave a comment