Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

"Tiada Adab" - Pemandu Bas Berang Angkara Pelancong Selamba Letak Kaki Atas Kepala Kerusi

"You go out. Ini Malaysia!".

Cover image via @rico_sibarani (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Adab merupakan perkara utama yang harus kita praktikkan di mana-mana jua kita berada

Hal ini kerana, adab bukannya diguna pakai pada waktu tertentu sahaja. Tetapi, adab ini digunakan walau di mana kita berada kerana ia melambangkan keperibadian seseorang itu.

Tular baru-baru ini, sebuah video yang memaparkan seorang pemandu bas naik berang kerana pelancong Arab tidak beradab telah meraih perhatian ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Pelancong dari negara Arab itu difahamkan tidak beradab dan meletakkan kakinya di kepala kerusi

Menerusi perkongsian video berkenaan, kelihatan rakaman itu adalah daripada salah seorang penumpang bas pelancong.

Difahamkan, pelancong dari negara Arab berkenaan telah meletakkan kakinya di atas kepala kerusi. Perkara itu yang membuatkan pemandu bas menegurnya tetapi disebabkan teguran itu telah menyebabkan pertengkaran mulut di antara mereka.

Malah, pemandu bas itu juga menghalau pelancong tersebut dan lantang berkata "Ini Malaysia!".

Dalam pada itu, kelihatan seorang pelancong wanita Arab dilihat cuba untuk meleraikan pergaduhan tersebut.

Image via @rico_sibarani (TikTok)

Image via @rico_sibarani (TikTok)

"Terbaik. Saya pernah kena dekat Langkawi masa dalam bot. Pak Arab letak kaki celah-celah kerusi antara saya dengan isteri. Lepastu, saya ketuk kaki dia guna batang tripod" - Warganet

Susulan tularnya video berkenaan, kini ia telah meraih sebanyak 1.2M views, 43.9K likes dan 3,284 comments di TikTok. Rata-rata warganet turut memberikan pelbagai reaksi masing-masing.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada warganet di TikTok:

Image via @rico_sibarani (TikTok)

Image via @rico_sibarani (TikTok)

Image via @rico_sibarani (TikTok)

Image via @rico_sibarani (TikTok)

Orang dulu selalu berpesan bila di negara orang, "Jalan di tepi-tepi, benang orang jangan dipijak"

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment