Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Tiket ABPBH 36 'Sold Out', Habis Disambar Ramai Peminat Yang Mahu Saksikan Secara Langsung

Malam kemuncak ABPBH 36 akan disiarkan secara langsung di TV3 dan distrim TONTON, pada 11 Oktober 2024, mulai jam 9 malam.

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) ke-36 kini kembali! Anugerah yang mencipta fenomena dalam kalangan rakyat Malaysia ini masih diteruskan selepas mendapat permintaan tinggi kerana tiket ABPBH kali ini sudah 'disapu' peminat!

Majlis anugerah kegemaran peminat industri hiburan tanah air ini akan berlangsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) di Wisma MBSA, Shah Alam, pada Jumaat, 11 Oktober 2024.

Dua kategori tiket iaitu Terpaling Fan yang dijual pada harga RM175 turut menawarkan peminat merasai detik glamor di karpet merah ABPBH 36 dan pilihan tempat duduk terbaik, serta tiket normal berharga RM65, masing-masing habis terjual.

Image via Berita Harian Online (Facebook)

Jualan tiket ABPBH 36 yang mendapat sambutan hangat membuktikan peminat teruja untuk menyaksikan detik gemilang bintang pujaan bersaing dalam 16 kategori utama dan lima kategori Ekstra Tonton Paling Popular di pentas berprestij itu.

Kemuncaknya, peminat bakal menyaksikan calon yang memperoleh undian tertinggi dalam kategori tunggal di bawah 16 kategori utama atau juara kategori, diangkat sebagai Bintang Paling Popular ABPBH 36 yang diinspirasikan oleh penaja utama, CONBOO.

Sebelum ini, penganjur ABPBH 36 mengumumkan malam kemuncak ABPBH 36 akan dikendalikan tiga pengacara, iaitu artis versatil, Didie Alias yang pernah menjadi hos acara berprestij itu pada 2011, pelakon Riena Diana dan penyampai radio Fly FM, Haniff Hamzah.

Image via Berita Harian Online (Facebook)

Malam kemuncak ABPBH 36 bakal menyaksikan gandingan bintang legenda dan angkatan baharu dalam segmen persembahan dan penyerahan trofi berprestij ABPBH 36

Antara barisan artis dan selebriti penyampai trofi adalah Datuk Seri Eizlan Yusof; Datuk Adi Putra; Azhar Sulaiman; Raja Azura; Rita Rudaini; Hannah Delisha; Puteri Sarah Liyana; Anna Jobling; Adira; Mawar Rashid dan Bella Astillah. Tidak ketinggalan pasangan pelawak, Atu dan Shariff Zero; Muaz Zabir; Aniq Durar dan Fitri Farouk.

Barisan artis yang bakal membuat persembahan turut membabitkan bintang layak bergelar legenda, selain bakat baharu yang pantas mendaki tangga populariti. Pentas ABPBH 36 bakal dihangatkan Zamani; kumpulan Spider; Hazama; Haqiem Rusli; Ernie Zakri; Marsha Milan; Shiha Zikir dan Usop. Tidak ketinggalan artis hip hop seperti Ghidd, Tuju, Meerfly dan Benzooloo serta kumpulan De Fam.

Image via Berita Harian Online (Facebook)

Pengarah ABPBH 36 merangkap Pengarang Kanan Berita Hiburan dan Projek BH, Shamshul Azree Samshir berkata, penganjur amat berterima kasih kepada semua peminat yang memberi sokongan berterusan terhadap ABPBH 36.

"Sokongan diterima memenuhi definisi ‘TEGUH’ yang menjadi tema ABPBH 36. Keterujaan ditunjukkan peminat sehingga tiket ABPBH 36 ‘langsai’, membuktikan industri seni masih segar dan diminati ramai. ABPBH bukan sahaja meraikan pencapaian artis, malah, menghubungkan mereka dengan peminat melalui pelbagai persembahan menakjubkan di pentas berprestij.

"ABPBH 36 bakal meninggalkan pengalaman terindah yang tidak akan dapat dilupakan peminat," katanya,

Bagi peminat yang tidak berjaya mendapatkan tiket, malam kemuncak ABPBH 36 akan disiarkan secara langsung di TV3 dan distrim TONTON, pada 11 Oktober 2024, mulai jam 9 malam. Selamat menonton!

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment