Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

TikTok Awards Malaysia 2024 Kini Kembali Lagi, Angkat Tema 'Realisasikan Impianmu'

Eksklusif hanya di TV3 dan akaun rasmi TikTok Malaysia pada 11 Ogos 2024, hari Ahad pukul 9 malam!

Cover image via TV3 Malaysia

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Acara yang dinanti-nantikan ramai iaitu malam berprestij TikTok Awards Malaysia kini kembali lagi bagi tahun 2024

Majlis yang bakal berlangsung di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia (World Trade Centre) Kuala Lumpur pada 11 Ogos akan datang ini mengangkat tema ‘Realisasikan Impianmu (Celebrating New Dreams)’.

Sebagai penghargaan terhadap pencipta konten tempatan dan karya mereka, termasuk kandungan e-dagang TikTok Shop, TikTok Awards 2024 mempersembahkan tema kepelbagaian budaya Malaysia yang boleh dinikmati oleh penonton di seluruh dunia.

Acara berprestij ini dapat memberikan ruang kepada mereka untuk mengorak langkah dalam penciptaan konten dan kerjaya profesional serta dapat mengubah impian mereka menjadi realiti melangkaui skrin.

Image via TV3 Malaysia

Image via TV3 Malaysia

Sementara itu, Ketua Program & Wawasan Pemasaran SEA, TikTok, Yin Yin Hooi meluahkan rasa teruja kerana TikTok Awards Malaysia kembali lagi buat tahun kedua.

"Tahun ini, kami benar-benar ingin menitik beratkan semangat komuniti kami yang berbakat dan pelbagai di TikTok Awards Malaysia 2024! Kami komited untuk merealisasikan aspirasi para pencipta kami dengan menyediakan platform di mana kreativiti dan jiwa positif mereka boleh berkembang.

"TikTok Malaysia berbangga untuk menyokong komuniti tempatan kami dengan memupuk platform bagi para pencipta untuk memberi inspirasi dan saling berhubung," kongsinya.

Menurut Pengurus Besar Kandungan TV3, Marlia Zul Amran, pihak stesen juga berbesar hati kerana menjadi platform utama menganjurkan TikTok Awards di Malaysia.

"Kerjasama ini mengetengahkan peranan TV3 sebagai penyiar utama serta menampilkan kreativiti dan bakat luar biasa dalam komuniti TikTok. Acara ini bukan sahaja meraikan pencipta kandungan yang memberikan inspirasi , malah juga mencorakkan dunia digital kita.

"Seiring dengan visi TV3 iaitu untuk membekalkan informasi, memberikan inspirasi dan membawa hiburan serta menyiarkan kandungan segar dan inovatif kepada penonton," katanya.

TikTok Awards Malaysia 2024 bakal tampilkan dua segmen utama iaitu Pilihan Juri (Judge’s Pick) dan Pilihan Popular (People’s Choice)

Bagi kategori Pilihan Juri, para calon dipilih berdasarkan kriteria khas dan dinilai oleh panel eksekutif yang terdiri daripada Khairul Aming, Pengurus Besar Operasi TikTok, Asia Tenggara, Angga Anugrah Putra serta Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Televisyen Media Prima dan Primeworks Studios, Nini Yusof.

Barisan panel ini akan menilai setiap pencipta konten dalam kategori masing-masing seperti Hiburan, Animasi, Permainan, Makanan, Pendidikan, Sukan, serta Kecantikan & Fesyen.

Untuk Pilihan Popular, TikTok sekali lagi membuka peluang kepada rakyat Malaysia untuk mengundi pencipta kandungan kegemaran mereka. Pengundian awam untuk lima kategori (Creator of the Year, Celebrity of the Year, Video of the Year, TikTok LIVE Creator of the Year dan TikTok Shop Creator of the Year) akan dibuka bermula 25 Julai sehingga 9 Ogos 2024.

Acara TikTok Awards Malaysia tahun ini berbangga untuk memperkenalkan sebuah anugerah istimewa, “Changemaker of the Year”. Melalui kategori ini, TikTok berhasrat untuk mengiktiraf pencipta yang berjaya memberikan impak besar dan melangkaui batasan ypositif melalui kandungan yang dicipta.

Image via TV3 Malaysia

Image via TV3 Malaysia

Sebagai rekod, malam gemilang TikTok Awards Malaysia 2024 bakal direalisasikan melalui gandingan hebat Che Puan Sarimah Ibrahim dan Janna Nick sebagai pengacara pada malam itu.

Pencipta konten TikTok, Ceddy Ang dan Ain Edruce bakal menjadi pengacara di karpet merah manakala pencipta kandungan kategori Kecantikan dan Fesyen pada tahun lalu, iaitu Eima Safuan pula dipertanggungjawabkan sebagai pengacara belakang pentas bersama pelakon, Daniel Fong.

Nantikan juga persembahan memukau daripada Aina Abdul, Naim Daniel, Aisha Retno, Sarah Suhairi, Amir Jahari, dan ramai lagi yang pasti akan memikat dan menghiburkan penonton sepanjang malam.

TikTok Awards Malaysia 2024 dianjurkan dengan kerjasama TV3, dikuasakan oleh Siri HONOR 200 5G (penaja utama), didominasikan oleh The Raw Skincare. (penaja bersama), diraikan oleh TikTok Shop (rakan penaja), dihubungkan oleh U Mobile 5G (rakan penaja) dan disinarkan oleh TRESemmé (rakan penaja).

Saksikan siaran langsung TikTok Awards, eksklusif hanya di TV3 dan akaun rasmi TikTok Malaysia pada pukul 9 malam, Ahad, 11 Ogos 2024!

Image via TV3 Malaysia

Image via TV3 Malaysia

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment