Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

TikTok Awards Malaysia 2024 Perkenal Kategori Baharu, Siapa Bakal Menang Tahun Ini?

Saksikan siaran langsung TikTok Awards, eksklusif hanya di TV3 dan akaun rasmi TikTok Malaysia pada pukul 9 malam, Ahad, 11 Ogos 2024!

Cover image via TikTok Malaysia

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Atas matlamat sama iaitu mahu mengiktiraf pencipta kandungan di Malaysia, TV3 dan TikTok menganjurkan TikTok Awards Malaysia 2024 yang bakal disiarkan secara langsung dari Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur pada 11 Ogos ini

TikTok Awards Malaysia 2024, iaitu acara kedua dijayakan TV3 dan TikTok bakal menjadi tapak lonjakan untuk meraikan aspirasi baharu, selain membuka peluang kepada pencipta kandungan membuktikan impian mereka mampu menjadi nyata.

Acara anugerah itu berpotensi membuka laluan kepada pemenang dan calon tersenarai untuk terus mengorak langkah dalam bidang penyediaan kandungan, sekaligus mampu meraih pencapaian luar biasa melalui platform itu.

Pengurus Besar Kandungan TV3, Marlia Zul Amran berkata, kerjasama kali kedua bersama TikTok membuktikan aspirasi kedua-dua syarikat sejajar, malah menjanjikan persembahan menarik pada malam kemuncak.

Image via TikTok Malaysia

"Kami mencapai kata sepakat sama. Jadi, apa yang saya boleh katakan adalah kami sama bersetuju untuk mencapai matlamat iaitu meraikan pencipta kandungan dan memberi pengiktirafan. Visi dan misi kami sama dan sejajar.

"Untuk persembahan pada malam itu, kita ada kompilasi lagu viral dan trending di TikTok. Malam kemuncak itu juga bakal menampilkan persembahan artis ternama.

"Antara penyanyi diundang adalah Aina Abdul, Aisha Retno, Amir Jahari dan Naim Daniel. Antara penyampai anugerah pula Khairul Aming, Sofyank, Ryan Bakery dan ramai lagi selebriti lain," katanya pada majlis pelancaran dan sidang media TikTok Awards Malaysia 2024 di sini, Khamis lalu.

Yang turut hadir Pengarah Urusan Kumpulan Media Prima Berhad (MPB), Rafiq Razali; Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Rangkaian Televisyen Media Prima (MPTN) dan Primeworks Studios (PWS), Nini Yusof serta Pengarang Urusan Kumpulan The New Straits Times Press (M) Berhad (NSTP) merangkap Pengarang Kumpulan BH, Datuk Ahmad Zaini Kamaruzzaman.

Raikan pencipta kandungan yang kreatif

Marlia berkata, TV3 berbesar hati menjadi platform utama menganjurkan TikTok Awards Malaysia untuk kali kedua bersama TikTok.

"Kerjasama ini akan mengeratkan lagi hubungan TV3 dan TikTok. Acara ini juga mengetengahkan peranan TV3 sebagai penyiar utama dan menampilkan kreativiti serta bakat luar biasa dalam komuniti TikTok.

"Acara ini bukan sahaja meraikan pencipta kandungan yang memberi inspirasi, malah, mencorakkan dunia digital kita.

"Projek ini seiring visi TV3 untuk membekal informasi, memberi inspirasi dan membawa hiburan serta menyiarkan kandungan segar serta inovatif kepada penonton.

"TV3 amat berterima kasih kepada semua penaja yang merealisasikan penganjuran acara ini," katanya.

Ketua Dasar Awam TikTok Malaysia, Anuar Fariz Fadzil berkata, TikTok Awards Malaysia 2024 mampu menjadi platform penting yang dapat mengubah impian pencipta kandungan menjadi realiti melangkaui skrin.

Anuar Fariz berkata, anugerah mampu memberi inspirasi kepada lebih ramai pencipta kandungan seiring tema dibawa iaitu Realisasikan Impianmu.

"Realisasikan Impianmu adalah tema yang paling penting untuk kami. Mengetahui bahawa cita-cita adalah bukan sekadar untuk berkongsi sahaja, tetapi, bagaimana ia membantu memberi inspirasi dan mengajar orang ramai.

"Semua perlu berkongsi bakat dimiliki, seterusnya mampu melihat bagaimana diri mampu untuk terus tumbuh menjadi yang lebih baik.

"Apa yang baharu untuk tahun ini adalah kami ada kategori Changemaker of the Year bagi menghargai pencipta kandungan yang memberi impak positif kepada masyarakat.

"Selain itu, ini adalah penghargaan bagi mereka yang terbabit dakam bidang ini," katanya.

Anuar menjelaskan, melalui kategori Changemaker of the Year, TikTok berhasrat mengiktiraf pencipta kandungan yang berjaya memberikan impak besar dan melangkaui batasan positif melalui kandungan dicipta.

Image via TikTok Malaysia

TikTok Awards Malaysia 2024 menampilkan dua segmen utama iaitu Pilihan Juri (Judge's Pick) dan Pilihan Popular (People's Choice)

Bagi kategori Pilihan Juri, calon dipilih berdasarkan kriteria khas dan dinilai oleh panel eksekutif merangkumi pempengaruh popular, Khairul Aming; Pengurus Besar Operasi TikTok Asia Tenggara, Angga Anugrah Putra dan Nini.

Barisan panel ini akan menilai setiap pencipta kandungan dalam kategori masing-masing seperti hiburan, animasi, permainan, makanan, pendidikan, sukan, kecantikan dan fesyen.

Untuk Pilihan Popular, TikTok sekali lagi membuka peluang kepada rakyat Malaysia untuk mengundi pencipta kandungan kegemaran mereka.

Pengundian awam untuk lima kategori iaitu Creator of the Year, Celebrity of the Year, Video of the Year, TikTok LIVE Creator of the Year dan TikTok Shop Creator of the Year dibuka sejak Khamis lalu hingga 9 Ogos ini.

TikTok Awards Malaysia 2024 menampilkan Che Puan Sarimah Ibrahim dan Janna Nick sebagai pengacara utama, manakala Ain Edruce dan Ceddy Ang menggalas tanggungjawab sebagai hos karpet merah.

Beli tiket TikTok Awards Malaysia 2024 di laman web REV Ticket sekarang atau tonton secara langsung melalui Tonton pada 11 Ogos, 9 malam.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment