Video Resepi Sarapan Mudah Sambil Nyanyi Lagu 'Catchy' Ini Buat Netizen Nak Beli Air Fryer
Yang ada air fryer itu, jom try resepi-resepi ini.
Penggunaan air fryer semakin hari semakin popular di Malaysia
Rata-rata rakyat kita kini memiliki peralatan itu untuk digunakan sebagai alat memasak selain menggunakan alatan dapur sedia ada.
Menariknya kelebihan air fryer ialah anda boleh memasak apa jua makanan tanpa menggunakan minyak sekali gus menjadikan makanan itu lebih sihat untuk dimakan.
Image via Image via Business Insider
Kita biasa lihat orang menggunakan air fryer untuk memasak makanan ringan seperti nugget, fries, chicken wings atau drumettes. Ada juga yang menggunakan peralatan itu untuk membuat kuih dan kek.
Tapi tahu tak sebenarnya ada banyak lagi resepi mudah yang boleh dimasak menggunakan air fryer.
Baru-baru ini, sebuah video yang memaparkan resepi-resepi mudah menggunakan air fryer telah tular di laman sosial
Video tersebut yang sebenarnya dibuat oleh pengguna TikTok bernama @airfryerguy itu telah dikongsikan semula di laman Twitter oleh @sidchan.
Antara resipi yang dipaparkan termasuklah pancake, popcorn, biskut, serta menu sarapan pagi yang cepat dan mudah.
Menariknya, @airfryerguy bukan sahaja menunjukkan cara dia memasak pelbagai makanan enak dengan mudah menggunakan airfryer, malah melakukannya sambil menyanyi.
Ternyata perkongsian video resepi-resepi mudah beserta nyanyian tersebut telah berjaya menarik perhatian netizen
Malah ramai yang menyuarakan keinginan mereka untuk membeli air fryer gara-gara ingin mencuba menghasilkan resipi-resipi yang ditunjukkan lelaki berkenaan.
Yang ada air fryer itu, jom try resepi-resepi ini!
Image via Tenor
Image via SAYS Seismik
Lagi resepi menarik di laman SAYS:
Leave a comment