Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Tinggalkan Dekat Kubur Lepas Samun Lelaki Cina, Tiga Individu Menyamar Jadi Polis Diburu

Mangsa mengalami kerugian berjumlah RM18,000.

Cover image via @MoMoT_Nadine (X)

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Baru-baru ini, tular sebuah video orang awam yang memaparkan insiden seorang lelaki Cina disamun di depan kedai

Menerusi video berkenaan, kelihatan tiga lelaki menarik seorang lelaki Cina ke dalam sebuah kereta. Lelaki itu sempat menjerit tolong sebelum disamun. 

Difahamkan, mangsa lelaki Cina itu dan teman wanitanya yang berusia 22 tahun ketika itu berada di restoran.

Mereka didatangi tiga lelaki tidak dikenali memakai penutup muka dan bertopi yang menaiki kereta Perodua Bezza bernombor pendaftaran palsu, VBW 8268.

Image via @MoMoT_Nadine (X)

Polis sedang mengesan tiga lelaki yang menyamar sebagai polis

Menurut laporan Harian Metro, Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman, berkata mangsa berusia 24 tahun ditarik suspek ketika bersama teman wanitanya berada di restoran itu pada jam 5.30 petang.

"Suspek memperkenalkan diri sebagai polis dan terus menarik mangsa masuk ke dalam kereta dan beredar dari kawasan berkenaan.

"Pada jam 1.30 pagi, 3 Mei lalu, mangsa ditinggalkan di kawasan perkuburan Cina di kawasan Bukit Ubi, di sini dalam keadaan kepala masih bertutup.

"Mangsa kemudiannya berjaya melepaskan diri dan meminta bantuan rakannya. Mangsa mengalami kerugian berjumlah RM18,000," katanya.

Lihat video penuh itu di bawah:

Kes disiasat mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan dan Seksyen 170 Kanun Keseksaan.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment