Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Panas Terik Di Tanah Suci Mekah? Ikuti 7 Tips Ini Agar Kekal Segar Ketika Menunaikan Haji

Mencegah lebih baik daripada mengubati.

Cover image via The National

Menunaikan ibadah haji adalah rukun Islam yang kelima dan adalah impian setiap umat Islam untuk menjejakkan kaki ke tanah suci Mekah satu hari nanti

Image via Tripoto

Ibadah haji adalah wajib bagi setiap umat Islam yang mampu dari segi tahap kesihatan serta kewangan untuk menunaikannya dengan mengunjungi dan melaksanakan beberapa amalan di beberapa tempat di Mekah serta kawasan yang berhampiran de­ngannya pada musim haji iaitu pada bulan Zulhijah.

Walau bagaimanapun sering kita terdengar ada jemaah haji yang jatuh sakit semasa menunaikan haji ekoran cuaca panas terik di Tanah Suci Mekah

Image via Facebook Saudagar Haramain

Seorang pengguna Facebook, Saudagar Haramain atau Abu Aiman Handzalah, baru-baru ini telah berkongsikan beberapa tips dan langkah-langkah bagi memastikan jemaah haji sentiasa dalam keadaan segar dan sihat ketika menunaikan haji lebih-lebih lagi dengan keadaan cuaca yang panas terik.

Ikuti perkongsian beliau di bawah:

Image via Facebook Saudagar Haramain

Alhamdulillah saya sudah berada di Tanah Suci Mekah seminggu dan sudah mulai merasai gelombang suasana musim haji pada setiap hari dengan keadaan sekitar Masjidil Haram yang berbeza. Makin menghampiri 9 Zulhijjah makin padat lautan manusia.

Semakin panas juga kami di sini sedang merasai bermula pukul 9:00 pagi sehinggalah 7:00 malam. Panas yang berterusan ditambah dengan cahaya matahari yang terik. Sudah ramai yang menghadapi masalah kesihatan seperti demam, hidung berdarah, bersin berpanjangan, hampir pengsan dan banyak lagi.

Jadi tips kali ini saya rasa kali kedua saya kongsikan. Bezanya cuma sekarang ini saya berada disuasana sebenar. InshaAllah saya akan kongsikan dengan anda semua langkah-langkah yang boleh anda lakukan bagi menghadapi cuaca yang panas terik di Tanah suci Mekah seperti berikut:

1. Pakai mask

Image via Facebook Saudagar Haramain

Setiap kali anda ingin keluar masuk dari bilik anda sama ada keluar sekejap ataupun ke Masjidil Haram. Bakteria tidak sihat banyak berlegar-legar di dalam kawasan hotel memandangkan kawasan yang tertutup. Pakailah walaupun anda tidak merasa selesa demi menjaga kesihatan anda. Kalau dah terkena penyakit batuk sekalipun pakai MASK supaya and tidak memudharatkan jemaah yang lain.

2. Perbanyakkan minum air

Image via About Islam

Terpulanglah minum air zam-zam ataupun belilah air minuman di kedai runcit. Jangan sesekali minum air tadahan paip walaupun sudah masak (lihat post saya sebelum ini berkenaan air minuman). Air suam ke, air sejuk ke atau air panas tiada masalah. Ais bukan penyebab utama jemaah akan batuk. Minum air sejuk untuk menyejukkan badan inshaAllah. Sebelum minum air zam-zam berdoalah semoga mendapat menyembuhkan sebarang penyakit dalam badan kita.

3. Memakai kaca mata gelap

Image via Hajj & Umrah

Memakai kaca mata gelap juga dapat mengelakkan dari sakit kepala dan pening kepala. Lantai Masjidil Haram yang putih menyebabkan silauan luar biasa terkena mata kita. Murah je beli yang sar10-sar100 untuk memelihara mata dan mengelakkan dari pening kepala ketika berjalan pada waktu panas terutama hari jumaat. Pasti ada yang terlewat sampai jalan dah tutup terpaksa solat pula atas jalan tar yang panas. Sampai menggigil kaki ketika solat dek panas yang melampau. Betul?

4. Makan buah oren sebanyak mungkin

Image via Life in Saudi Arabia

Masa makan pun dapat sebiji sahaja. Beli banyak-banyak di kedai runcit sedekahkan dalam peti sejuk bilik penginapan kita. Lepas isyak sebelum tidur potong buah oren dan jamu teman-teman sebilik sambil-sambil sembang beramah-mesra. Sebab itulah banyak dijual minuman jus oren dan buahan asli kerana kaya dengan vitamin C.

5. Membawa sejadah @ kain lapik untuk ke Masjidil Haram

Image via NU Online

Ketika panas letakkan sejadah tersebut di atas kepala kita. Jangan biasakan kepala terdedah kepada sinaran terik matahari yer. Boleh pengsan nanti. Nak selesa lagi bawa tuala dan basahkan letak di kepala dan sapu muka beberapa kali ketika berjalan ke Masjid dan lain-lain tempat. Nak selesa lagi gunakan payung untuk mengelakkan sinaran terik matahari.

6. Minimumkan berjalan di bawah terik matahari

Image via The National

Kita tidak boleh nak mengelakkan 100% dari sinaran matahari yang terik tetapi kita mampu untuk mengawal diri kita berjalan pada waktu panas terik seperti pilih waktu yang sesuai untuk solat waktu ke masjid. Waktu tengahari solat berjemaah di surau penginapan masing-masing. Sbeelah petang barulah ke Masjidil Haram sampai Isyak.

7. Minum susu masam @ LABAN

Image via Facebook Saudagar Haramain

Banyak dijual di kedai-kedai runcit sar1 sahaja. Beli banyak-banyak simpan dalam bilik. Tiap kali rasa panas minum. Kalau tak biasa minum susu masam campurkan dengan jus buah-buahan bagi sesap sedikit. Laban ini dapat menurunkan suhu badan anda.

Alhamdulillah saya rasa ini antara tips yang paling lengkap yang saya dapat kongsikan dengan anda semua terutama bakal haji pada tahun ini. InshaAllah

Semoga perkongsian ini memberi manfaat buat semua!

Didoakan juga semoga semua tetamu Allah yang menunaikan haji tahun ini, dipermudahkan segala urusan ibadah di Tanah Suci Mekah dan mendapat haji yang mabrur serta selamat pergi dan selamat kembali ke tanah air

Image via Giphy

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment